"Umaira, Umaira anak ayah," itu antara kata-kata akhir yang diucapkannya Dalam Kemalangan Maut Itu

Kesedihan seorang lelaki yang kehilangan dua insan tercinta dalam kemalangan yang cukup tragis menjelang sambutan Syawal semalam sungguh meruntun hati.

 "Umaira, Umaira anak ayah," itu antara kata-kata akhir yang diucapkan Mohd Hasnun Ramli, 29 kepada anaknya, Hanna Humaira anak tunggalnya yang baru berusia 17 bulan dalam satu kemalangan maut membabitkan 16 kenderaan di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Tanjung Malim, yang menghala ke selatan.

Walaupun masih dalam keadaan trauma dan sedih yang amat sangat, beliau tetap untuk menggagahkan diri menceritakan mengenai detik-detik kemalangan yang meragut nyawa anak serta isterinya itu. 

Menurutnyapada ketika kejadian tersebut kenderaannya sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan ketika beliau sekeluarga dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi bapa saudara isterinya yang meninggal dunia.







"Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak" Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran, manakala anak dan isteri saya sedang tidur," 
"Tiba-tiba saya merasakan sesuatu merempuh kenderaannya itu dari arah belakang. Keadaan masa tu berlaku dengan pantas, badan saya terhentak ke stereng kereta, namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius".
 "Saya ingat setiap detik masa tu. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa, saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap, ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu," katanya. 

Namun beliau redha dengan permergian kedua-dua insan kesayangannya itu dan menganggapnya sebagai ketentuan dan ujian dari ALLAH.


 "Dia ada berkata kepada saya yang dia teringin nak menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru (masjid negeri Shah Alam). "Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya," katanya. 
Katanya, dia baru berpindah dan tinggal bersama isteri serta anaknya di Pulau Pinang selama setahun. 
 "Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur, tapi memandangkan isteri bekerja di sini, jadi  saya pindah ke sini. 



 "Pada saya arwah seorang isteri yang amat sempurna, dia terbaik buat saya, namun ketentuan ALLAH melebihi segalanya saya redha dengan apa yang berlaku ini," katanya.

sumber : FB Arwah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi 
sumber : FB Arwah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi  

Jenazah Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28 bersama Hanna Humaira Mohd Hasnun berusia setahun lima bulan dibawa pulang ke Kampung Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang.

 Jenazah kedua mereka kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Pekan Darat kira-kira jam 11.30 malam semalam. AL- FATIHAH




- sinarharian

0 Response to ""Umaira, Umaira anak ayah," itu antara kata-kata akhir yang diucapkannya Dalam Kemalangan Maut Itu"

Post a Comment