Pakar motivasi terkenal Prof Izzi Meninggal Dunia


Pakar motivasi terkenal Profesor Madya Md Izuddin Ali yang lebih dikenali dengan nama Prof Izzi yang terkenal dengan tagline "Renung-renungkan dan selamat beramal"  telah kembali rahmatullah pada jam 12.45 tengah hari tadi kerana penyakit strok.

Anak saudara arwah, Abdul Muein Abadi, 28, telah mengesahkan berita tersebut seperti dilaporkan oleh sinarharian..

"Beliau (Allahyarham) telah diserang strok seminggu yang lalu.
"Jenazah akan dikebumikan dalam masa terdekat dan akan dikebumikan di Terengganu,"katanya.



Jenazahnya akan disembahyangkan di Masjid Syarifah Fatimah (Masjid Kemunting), Jitra, pada petang ini sebelum di bawa pulang ke Terengganu.

Pada 13 Jun lalu,  selesai Solat di Masjid Al A'la,  Allahyarham telah terjatuh dan dibawa ke hospital Sultanah Bahiyah serta telah disahkan mengalami Strok.

Pada hari pertama Ramadhan lalu arwah telah berkongsikan sekeping gambar orang meninggal dunia dalam laman twitternya dengan tulisan berbunyi

"Kematian di hari pertama Ramadhan. Walau Ramadhan akan ditempuhi tapi blum tentu melaluinya."


 Arwah adalah seorang pensyarah Matematik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan pemergiannya menghadaip Illahi pada hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini sesungguhnya adalah merupakan satu petanda yang baik, sama-sama kita doakan agar rohnya sentiasa dalam Rahmat Allah swt.



 - Siakapkeli.my

0 Response to "Pakar motivasi terkenal Prof Izzi Meninggal Dunia "

Post a Comment