SEDIH Bapa Saksi Sendiri Anak Disebelahnya Maut Akibat Besi Menimpa Atas Cermin Kereta Dipandunya


Menjelang tibanya Syawal tidak lama lagi, seorang ayah tidak dapat melupakan tragedi yang menyayat hati yang berlaku di depan matanya apabila anaknya maut selepas sebatang besi dari sebuah lori tiba-tiba terjatuh ke atas kereta dipandu oleh anaknya dan menembusi cermin hadapan.

Kemalangan tersebut berlaku  di Kilometer 57 Jalan Gua Musang-Lojing, pada jam 1.15 tengah hari. 

Bapanya, Ab Aziz Zakaria, 61, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala anaknya, Mohamad Ameerul Asraf Ab Aziz, 26, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. 

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Rajab Ahad Ismail , semasa kejadian tersebut berlaku, mangsa sedang memandu kereta  dari Lojing menghala ke Gua Musang. 

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu mangsa berselisih dengan lori yang dari arah bertentangan sebelum secara tiba-tiba sebatang besi terjatuh di atas cermin hadapan kereta dan mengenai kepala mangsa sehingga tidak sedarkan diri. 

"Bapa mangsa sempat memegang dan mengawal stereng kereta sebelum ia diberhentikan di tepi jalan. "Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala," katanya. 
Mayat mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dilakukan bedah siasat. 

Semoga seluruh keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi musibah ini dan semoga roh arwah anaknya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT.



sumber: hmetro

0 Response to "SEDIH Bapa Saksi Sendiri Anak Disebelahnya Maut Akibat Besi Menimpa Atas Cermin Kereta Dipandunya"

Post a Comment