TMJ Tahun Lepas Dapat Hadiah KapalTerbang, Tahun Ini Dapat Anak

"SELAMAT HARI KEPUTERAAN TUNKU MAHKOTA JOHOR"
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Amat Mulia Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-32 pada 30 Jun 2016 bersamaan 25 Ramadhan 1437 Hijrah.

Kalau tahun lepas ketika hari jadinya, TMJ telah dihadiahkan oleh DYMM Sultan Johor dengan sebuah jet peribadi tetapi pada tahun ini Allah telah mengkurniakan pula seorang cahaya mata apabila isteri baginda, YM Che Puan Khaleeda binti Bustamam melahirkan seorang puteri di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda dan puteri sulung baginda berdua yang diberi nama YAM Tunku Khalsom Aminah Sofiah binti Tunku Ismail.

Satu sambutan ringkas meraikan Keputeraan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang Ke-32 telah diadakan pada 30hb Jun 2016 di Istana Bukit Pelangi bersama Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor dan ahli keluarga diraja yang lain. Turut bersama memberi kejutan adalah rakan-rakan baginda dan kakitangan serta pekerja istana. Allah Peliharakan Sultan.







0 Response to "TMJ Tahun Lepas Dapat Hadiah KapalTerbang, Tahun Ini Dapat Anak"

Post a Comment