[VIDEO] Orang Ramai Pecah Cermin Kereta, Anak Umur 1 Tahun ditinggalkan Mak Pergi bazar Ramadhan


Gara-gara meninggalkan anak dalam kenderaan ketika ibu dikatakan membeli persiapan untuk menyambut Aidilfitri, dua kanak-kanak teperangkap dalam kereta lebih sejam.

 Kejadian berlaku di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, lewat malam tadi. Mangsa berusia antara satu dan lima tahun ditinggalkan dalam kenderaan dengan enjin dihidupkan serta pintu kereta pula terkunci dari dalam.

Dua beradik terbabit pula tidur nyenyak dan gagal dikejutkan. Orang ramai berada berhampiran tempat kejadian turut membantu mengejutkan dua kanak-kanak terbabit dengan pelbagai cara tetapi gagal. Akhirnya, cermin kereta terpaksa dipecahkan bagi membuka pintu. Visual ini dirakamkan jurukamera, Bazaai Ahmad yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian.


0 Response to "[VIDEO] Orang Ramai Pecah Cermin Kereta, Anak Umur 1 Tahun ditinggalkan Mak Pergi bazar Ramadhan"

Post a Comment