Gara-gara Gambar Adi Putra Nikah Rakan Kongsinya Secara Rahsia Tersebar Majlis Sambutan Hari Rayanya Dibatalkan


Pelakon Adi Putra mengambil keputusan di saat-saat akhir untuk tidak meneruskan majlis sambutan Hari Raya bersama kelab peminatnya hari ini (17 Julai 2016) di Casa Ombak, ampang ekoran berita perkahwinan keduanya yang dilakukan secara rahsia rahsia terbongkar..

Perkahwinan kedua Adi ini dikatakan tidak diketahui oleh isterinya Aida Yusof, 41.

Perkara tersebut telah mengemaskini status di dalam Instagram miliknya dengan alasan sebab-sebab tertentu.

“Assalammualaikum wmbt… Saya memohon maaf kepada semua hotlovers kerana perjumpaan raya dan ulang tahun hotlovers esok 17 Julai, harus dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Saya sekali lagi mohon kemaafan,” katanya dalam laman sosial itu.

Kelab peminat Adi Putra yang telah ditubuhkan pada lima tahun dahulu telah menganjurkan majlis aidilfitri ini bagi mengeratkan lagi hubungan Adi dengan peminatnya.
Setiap mereka yang hadir dikenakan bayaran sebanyak..

Terdahulu foto perkahwinan kedua Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, tersebar pada semalam yang di laman sosial Astrogempak..

Pasangannya yanc jelita itu dipercayai seorang pegawai beruniform sebuah agensi kerajaan. dan merupakan seorang janda anak satu berusia 33 tahun juga rakan kongsi perniagaan bersama Adi sejak setahun lalu.

Sebelum ini Adi pernah menimbulkan kontroversi selepas dia dilaporkan mempunyai skandal dengan isteri orang dari Johor 

Rumah tangga Adi dengan Aida sebelum ini pernah memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi akhirnya beliau telah membatalkan hasrat itu.

Pasangan Adi dan Aida yang berkhawin pada 14 April 2006 masih belum dikurniakan zuriat disebabkan Aida seringkali mengalami  keguguran.

Mereka berdua telah mengambil seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.

Beliau gagal dihubungi dan tidak mahu menjawab sebarang panggilan telefon.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted