Minuman Kangen Water Di Larang Penjualannya Di Seluruh Malaysia - Kementerian Kesihatan Malaysia


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan semua Jabatan Kesihatan Negeri mengambil tindakan terhadap pengedar minuman Kangen water. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kangen water yang kini sedang beroperasi tidak mempunyai lesen diperlukan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

 “Minuman Kangen water tidak berlesen di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Tindakan perlu diambil dan arahan telah dikeluarkan kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri,” katanya menerusi kenyataannya di laman facebook. 

Sebelum ini, Kangen water didakwa sebagai air alkali yang diionkan dikatakan mempunyai PH yang tinggi hampir menyamai PH air zam-zam. 



Mesin minuman tersebut dijual pada harga RM10 hingga RM20 selain turut mempunyai mesin yang berharga lebih 5,000 hingga 20 ribu bagi pemprosesan air tersebut.-SuaraTV lagi 

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted