Kelantan Tak Cuti Pada Hari Ahad 10 Julai 2016 - MB Kelantan



KOTA BHARU - Kelantan tidak mengikut langkah Kedah, Terengganu dan Johor yang mengumumkan Ahad, 10 Julai ini sebagai cuti peristiwa.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub berkata, keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada perantau yang pulang untuk berurusan dengan pejabat kerajaan negeri.

"Kita merasakan cuti empat hari iaitu Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu sudah mencukupi.
"Perantau yang pulang sempena Hari Raya akan dapat selesaikan urusan mereka pada hari Ahad bila pejabat dibuka sebelum kembali ke tempat masing-masing," katanya selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada penghulu di Dewan Teratai, Kompleks Darul Naim, di sini hari ini. - K! ONLINE.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted