Lelaki Baru Nak Jadi Gigolo Dah Kena Tipu RM2,500

Gambar hiasan
KUANTAN: Niat seorang lelaki untuk mendapat wang segera dengan menjadi gigolo hampa, sebaliknya dia pula kena tipu sebanyak RM2,500.

Mangsa bernama Choo, 37, berkata dia ingin untuk wang segera itu bagi menambat semula hati kekasihnya setelah mereka bergaduh.

Untuk itu, mangsa telah mendapat idea menjadi gigolo dan berurusan dengan seorang 'ejen escort lelaki' yang diperkenalkan oleh kawan-kawannya.

"Ejen ini yang bernama Kent memberitahu, saya boleh menjana pendapatan sehingga RM3,000 dalam masa tiga jam," kata Choo di pejabat Adun Teruntum, Sim Chon Siang di sini pada Jumaat.

Namun begitu, terlebih dahulu agen tersebut ,meminta Choo untuk membuat deposit RM1,000 ke dalam akaun bank agen tersebut sebagai yuran pemprosesan dan RM1,500 lagi sebagai bayaran pencarian.

Setelah bayaran dibuat, ejen tersebut memberitahu Choo bahawa pelanggan pertamanya adalah seorang pengurus bank wanita berusia 35 tahun, tetapi apabila dia muncul di hotel untuk temujanji itu pada pukul 2.45 pagi pada 3 Julai, tiada siapa yang berada di sana.

"Saya cuba menghubungi Kent tetapi dia telah menyekat panggilan saya. Saya kemudian menyedari bahawa saya telah ditipu. Saya hanya mahu Kent kembalikan wang saya," katanya.

Sim menasihatkan Choo supaya membuat laporan polis kerana dia adalah mangsa penipuan.

Sim juga berkata pemeriksaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendedahkan bahawa akaun bank Kent telah didaftarkan sebagai sebuah kedai pakaian dan aksesori di Kuala Lumpur.

"Ini mungkin satu sindiket menipu ramai lelaki," katanya.

mstar

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted