Saya Masih Simpan Video Aktiviti James Bond Anda - TMJ Balas Balik Kepada Hadin



Saya Masih Simpan  Video Aktiviti James Bond Anda - TMJ Balas Balik Kepada  Hadin | Hadin Azman adalah bekas pemain skuad JDT pada musim 2014, namun begitu kerana melakukan satu kesalahan serius, beliau telah dibuang dari pasukan tersebut.

Baru-baru ini telah heboh tentang JDT cuba untuk memancing beliau untuk kembali beraksi bersama skuad JDT pada musim ini. 

Tetapi beliau mengeluarkan satu kenyataan media yang mengejutkan seolah-olah seperti seorang anak derhaka. 

 “Irfan (Pengurus Pasukan) dan Felda telah menyelamatkan kerjaya saya. Anda tidak boleh membelinya dengan wang ringgit!” 

Terpanggil dengan kenyataan tersebut, TMJ sendiri sebagai penaung  JDT telah membalas kenyataan beliau di laman sosial Johor Southern Tigers. 


Ini adalah isu kecil. Isu-isu seperti ini sepatutnya dikendalikan oleh setiausaha JDT dan pengarah sukan. Namun ia telah dibawa ke perhatian saya apabila saya dimaklumkan dalam akhbar Malaysia membuat liputan cerita hari ini dan laman sosial 
Apabila anda bercakap mengenai integriti, anda jelas sekali mahu mendapatkan sokongan daripada penyokong bola sepak Malaysia untuk menunjukkan bahawa anda seorang pemain yang tidak boleh dipengaruhi dengan wang ringgit. 
Tetapi tindakan anda bercakap lebih kuat daripada berkata-kata apabila anda mencuri wang rakan pasukan anda sendiri kerana anda mempunyai satu masalah hutang di sebuah kedai snuker di Holiday Plaza, Johor Bahru. 
Saya bercakap dengan Asraruddin Putra Omar dan kami mengambil keputusan untuk menarik balik laporan polis dan menyelesaikannya di luar untuk menyelamatkan kerjaya anda sebagai pemain bola sepak En Hadin. 
Tetapi untuk makluman anda, saya masih mempunyai video anda melakukan aktiviti ‘James Bond’ anda itu. 
Oleh itu, apabila anda bercakap tentang integriti dan harga diri, pastikan anda menyemak sejarah anda terlebih dahulu.

Tidak kira berapa bilion atau sen yang dicuri. Mencuri tetap mencuri.

footballchannel

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted