Ucapan Selamat Hari Raya dari Sultan Ibrahim Muafakat Itu Berkat


"Saya sekeluarga ingin mengucapkan salam mesra "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat di Malaysia, terutama mereka yang berada di Johor. 

 Saya berharap kita akan terus hidup dalam aman sejahtera dengan semangat murni "Muafakat itu Berkat". Semua Muslimin dan Muslimat telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa dalam bulan Ramadhan sebagai rukun Islam yang ketiga. 






Berpuasa bukan sahaja menunaikan tanggungjawab ugama tetapi juga merangkumi perjalanan refleksi diri, menahan diri dan disiplin diri, serta menunjukkan belas kasihan kepada mereka yang memerlukan. 

Sama samalah kita meraikan hari lebaran dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan dalam semangat muhibbah dan penuh hormat. Kita bersyukur kepada Allah SWT atas keamanan dan keharmonian yang dianugerahkan kepada kita dalam negeri Johor yang tersayang. 

Semasa kunjungan saya ke bazar Ramadan, saya tidak dapat mengelak dari melihat wajah gembira dan senyuman rakyat: bukti nyata keakraban ikatan sosial, hubungan keluarga dan nilai budaya. 

Semangat hidup bersama dengan damai dalam masyarakat majmuk adalah petanda kekuatan Bangsa Johor. Adalah menjadi harapan saya agar ketaatan rakyat Johor dengan komitmen kearah keharmonian kaum seperti termaktub dalam kebijaksanaan dan kearifan yang di bawakan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar yang menyatakan muafakat itu berkat, akan sentiasa dikekalkan dan diperkukuhkan." 




- Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted