[VIDEO] GEMPAR!! KANAK-KANAK HAMPIR DICULIK KETIKA IBU SOLAT TARAWIH DI MASJID PULAU MELAKA


Awas penjenayah di mana-mana sahaja mencari kesempatan dan peluang.

Satu Video yang tersebar seharusnya menjadi pengajaran kepada kita semua di mana jenayah tidak mengenal tempat dan masa. Di waktu umat Islam sedang melakukan ibadah Solat Tarawih, ada juga penjenayah yang cuba melakukan kegiatan jenayah mereka.

Kejadian berlaku di Masjid Pulau Melaka Kelantan ketika dua orang kanak-kanak kecil kelihatan hendak dilarikan oleh seorang lelaki berbaju merah dan berkopiah putih.

Mujur kakak kepada bayi kecil tersebut menjerit sehingga penjenaya tersebut bergegas melarikan dirinya setelah disedari salah seorang makmum wanita ketika itu.

Bayangkan sekiranya penculik tersebut berjaya melarikan kedua-dua anak kecil itu, pastinya satu episod ngeri  dan kesedihan yang teramat sangat kepada keluarganya apatah lagi menjelang hari lebaran yang akan tiba dan ketika solat Tarawih yang terakhir untuk bulan Ramadhan pada tahun ini.

Awas dan hati-hati jenayah tidak mengira masa dan tempat.

VIDEO


SUMBER : IRDK

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted