[VIDEO] Rasa Bosan Pulak Pada Hari Raya Kelima Ni, Tengok Apa Akitiviti Tunku Abdul Rahman, Tunku Panglima Johor Hari Ini



Hari ini sudah masuk hari yang kelima umat Islam menyambut kedatangan Syawal.



Ada yang sudah pun kembali ke rumah masing-masing setelah berkumpul bersama sanak saudara di kampung halaman masing-masing.




Bagi mereka yang sedang menghadapi kesesakan jalan raya tentulah merasa bosan dengan keadaan jalan raya yang sesak pada musim perayaan ini.

Begitu juga dengan YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor ada cara bagaimana untuk mengisi rasa bosan pada hari raya kelima ini dengan memandu uji jeep Land Rover Defender yang dibuat dari England ini.

I got bored today so I decided to test the capabilities of the defender #landroverdefender #hue166


Sebuah video yang dipetik dari laman instagram beliau menunjukkan aksi-aksi beliau memandu uji jeep tersebut dalam kawasan Istana Pelangi.

Jeep Land Rover dibina untuk mengharungi pelbagai rintangan dan halangan dan cukup tahan lasak. Justeru itu Tunku Abdul Rahman menguji kemampuannya untuk menghadapi rintangan dalam kawasan istana tersebut seperti menaiki curam dan menuruni tangga istana sambil ditemani oleh adindanya YAM Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted