Al-fatihah Mayat Pemancing Hilang Ditemui Mati Lemas Di Sungai Kelantan

Pemancing Hilang Ditemui Mati Lemas Di Sg Kelantan. Seorang pemancing yang dilapor hilang di Sungai Kelantan berhampiran Rumah Pam Air Kemubu di Kota Baharu, Sabtu lepas ditemui mati lemas pagi ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mohd Zain berkata mayat Zaini Harun, 38, ditemui pada pukul 7.53 pagi kira-kira 300 meter dari lokasi bot yang beliau naiki bersama dua rakannya terbalik. 

Dua rakan mangsa iaitu Mohd Riduan Mat Ali, 36, dan Mohd Sukri Zailani, 32, sempat berpaut pada timbunan kayu hanyut dan kemudian diselamatkan anggota bomba pada pukul 8.51 malam.


0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted