Kenapa Sultan Ibrahim Marah Betul Tun Dr Mahathir Mohamad Tentang isu Bangsa Johor?


Kenapa Sultan Ibrahim  Marah Betul  Tun Dr Mahathir Mohamad Tentang isu Bangsa Johor? 

 Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa sampai baginda meminta Tun Dr Mahathir mantan perdana menteri supaya tutup mulut daripada membuat kenyataan liar dan baginda juga menganggap Tun Dr Mahathir dilihat seperti berkeliaran memecah belah rakyat. 

 Dalam wawancara dengan New Straits Times hari ini, beliau berdepan soalan sama: Kenapa tuanku begitu keras terhadap Mahathir? 

 “Sesiapa yang tidak tahu sejarah atau latar belakang isu tidak patut bercakap dengan pihak berkuasa (berkaitan isu itu). 

 “Seperti saya cakap sebelum ini, Bangsa Johor bukan ciptaan baru, dan tujuannya sentiasa untuk perpaduan, bukan perpecahan.  

"Idea itu telah terbukti berjaya berkali-kali,” jawab baginda. 

Mahathir dalam satu forum berkata semangat kebangsaan Johor tidak sihat bagi Malaysia dan boleh membawa kepada keruntuhan persekutuan. 

Sementara itu, ditanya sama ada parti politik baru pimpinan tokoh Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memecahbelahkan orang Melayu, Sultan Ibrahim menegaskan beliau tidak mencampuri urusan politik. 

 “Saya hanya mahu satukan semua bangsa Johor. Bukan sebaliknya. Itu saja yang boleh saya katakan,” katanya. 

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted