Pasangan Diculik Ketika Sedang Berkaraoke Di Wakaf Che Yeh


Kota Bharu: Wanita dan lelaki berdepan detik cemas selepas diculik sekumpulan lelaki di pusat karaoke di Wakaf Che Yeh di sini sebelum diselamatkan polis petang semalam.
Dalam kejadian 1 tengah hari itu mangsa masing-masing berusia 24 tahun dilarikan dengan kereta sejauh kira-kira 10 kilometer ke sebuah tempat penternakan ayam di Kampung Mulong sebelum dicederakan dengan tukul dan lampu kalimantang.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian salah seorang mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Balai Polis Nilam Puri yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.
Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, susulan daripada laporan itu sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu menyerbu lokasi kejadian.
Katanya, tindakan pantas polis berjaya menyelamatkan seorang mangsa wanita dan menahan empat suspek termasuk seorang wanita berusia antara 20 hingga 32 tahun.
"Kedua-dua mangsa yang cedera di kepala, muka, dan tangan kemudian dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
"Usaha memburu baki suspek yang terbabit sedang giat dijalankan," katanya.
Menurutnya siasatan awal mendapati kes dipercayai berpunca dendam lama.
"Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian.
"Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan kita tidak tolak kemungkinan untuk membuka siasatan mengikut Seksyen 342 dan 379 kanun sama," katanya.
hmetro

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted