Ex Wife Adi Putra Bakal Dipenjara 2 Tahun Jika Bersalah Kerana Berada Di Hotel Kuala Lumpur



Akibat melanggar syarat pengawasan yang dikenakan terhadapnya, minggu lalu, bekas isteri kedua pelakon Adi Putra, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Norshahida Zolkifly, 33, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan di hadapan Majistret Nurul Fitriza Abd Latif, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. 

Bekas kakitangan Jabatan Imigresen itu didakwa berada di kawasan hotel dan kediaman di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, pada jam 3 petang, 6 Julai lalu, sekali gus melanggar syarat sebagai orang di bawah pengawasan polis dengan meninggalkan pekan Nilai dekat sini, tanpa kebenaran. 

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 10 tahun. 

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula pada 14 Ogos depan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng, manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.

0 Response to "Ex Wife Adi Putra Bakal Dipenjara 2 Tahun Jika Bersalah Kerana Berada Di Hotel Kuala Lumpur"

Post a Comment