‘Jangan Salah Aliff’ – Alif Satar

Semalam kecoh dengan cerita panas seorang artis telah ditahan oleh polis akibat atas dakwaan memukul isterinya yang masih dalam pantang.

Kebanyakan netizen meneka artis kelahiran Singapura yang memukul isterinya itu adalah Aliff Aziz.

Rentetan daripada kes ini ramai netizen yang turut berasa marah dengan tindakan artis tersebut lalu bertalu-talu mereka meninggalkan komen luahan rasa marah di akaun Instagram Aliff.

Walau bagaimanapun ada beberapa netizen yang tersalah orang dengan meluahkan rasa marah mereka kepada pelakon dan penyanyi Alif Satar.

Hanya disebabkan mereka berdua mempunyai nama yang sama iaitu ‘Alif’ tidak semena-mena Alif Satar juga mendapat tempias.

Di akaun Instagram Alif Satar, dia telah memuat naik di Instastory untuk meminta semua netizen agar tidak tersalah orang dan dia bukanlah ‘Alif’ yang dimaksudkan itu.

Alif satar, aliff aziz, pukul isteri, gosip artis

Manakala di ruangan komen gambar Alif Satar juga turut dihujani dengan komen yang cuba untuk menghentam dirinya tentang kejadian panas yang sedang berlaku sekarang ini.

Alif satar, aliff aziz, pukul isteri, gosip artis

Namun rata-rata pengikut dan peminat Alif Satar di Instagramnya telah bersuara dengan menyatakan ‘Alif’ tersebut bukanlah Alif Satar.

mizz_bambam87: Kerana Nama Aliff Seorang,Rosak Semua Aliff Sedunia Wahahaha Bertabahlah @alifsatarOiiiiiiiiiiii…Ni Lah Penyakit Segelintir Orang Kita,Taksub Sangat Dengan Kesilapan Orang Lain Sampai Dah Silap Sendiri 🙄🙄🙄…Rasa Nak Gelak Pun Ada Bila Baca Komen Adehhhhhhhhhh…

iramuzzfirah: Haha..adoii kesian @alifsatar..x pasal2 kena bash…bertabah la ye..😂😂😂😂

pheonie_aien: @nazrinsyh hahahahaah ko slaah ni bro…ni alif satar…bukan alif aziz aduyai

Diharap netizen jangan cepat melenting sehingga tersalah orang seperti ini, kesian kepada Alif Satar yang secara tiba-tiba dihentam tanpa melakukan sebarang kesalahan.

Sumber: Instagram Alif Satar

The post ‘Jangan Salah Aliff’ – Alif Satar appeared first on Media Hiburan.



sumber Media Hiburan http://ift.tt/2u6esJZ


Sumber : Siakap Kelisa http://ift.tt/2haQNa5

0 Response to "‘Jangan Salah Aliff’ – Alif Satar"

Post a Comment