KAKI PANCING MATI SETELAH GIGIT KEPALA IKAN HINGGA PUTUS



Kaki pancing maut gigit kepala ikan|Seorang lelaki yang di kenali sebagai Rosa Zai maut selepas menggigit kepala ikan batu yang dia dapat ketika memancing.

Menurut saksi,mangsa ketika itu memancing pada malam 27.07.2017 bersama rakan-rakan.

Tidak lama selepas itu mangsa mendapat ikan kepala batu sejenis ikan yang jenis susah  mati ini kemudian di pijak dan terus di banting namun ikan tersebut tak mati-mati.

Berang dengan hal itu mangsa kemudian menggigit kepala ikan berkenan menggunakan mulutnya hingga terputus.

Namun kepala ikan tersebut tersangkut di bagian tenggorokan yang mengakibatkan mangsa sesak nafas dan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.





Dimaklumkan mangsa adalah seorang yang beragama kristian dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pulau bunut kalimantan.




Bagaimanapun semalam mangsa selamat disemadikan mengikut adat istiadat agama itu.


Sementara ahli keluarga mangsa berkata malam sebelum kejadian,mangsa yang gemar memancing tidak menunjukkan apa-apa sikap yang aneh.namun mereka cukup sedih apabila mangsa meninggal dengan cara yang tidak dapat di sangka.


sumber:  Eberita.org

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted