Header Ads

  • Breaking News

    Keluarga Arwah Cikgu Rohana Sedih Netizen Pertikai Suami Tinggalkan Arwah Bersendirian Dalam Pantang



    Hati mana yang tidak sayu melihat gambar perginya seorang ibu kepada dua anak yang masih belum mengerti apa-apa. 

    Kisah kematian Cikgu Rohana penuh syahdu di mana dia ditemui terbaring kaku di sisi kedua bayi kesayangannya.

    Rata-rata komen netizen mempersoalkan mengapa ibu yang baru habis berpantang dibiarkan bersendirian? 

    Kenapa tidak diteman atau digajikan pembantu rumah? Namun, siapalah kita untuk persoal sedemikian. Kita tiada ditempat kejadian untuk mengetahui situasi keluarga ini... 



    Gambar sentuhan terakhir suami dan anak-anak arwah (Kredit: W Ireny Shamsuddin

    Perlu kita sedar tahap kewangan keluarga juga berbeza-beza. Suami arwah hanya bekerja sebagai pemandu lori. Ketika hari kejadian, mungkin sudah menjadi rutin hariannya, dia keluar bekerja sebelum fajar menyingsing dan pulang ke rumah ketika matahari melabuhkan tirainya. 




     Sudah tentu dia tidak menjangkakan kejadian ini akan berlaku. Maka tidak usahlah kita mengecam suaminya yang ketika ini sedang menghadapi dugaan yang maha besar. 

    Semuanya sudah tersurat... cukuplah kita menjadikanlah kisah ini sebagai satu pengajaran.



    sumber: thealternatif

    No comments

    Post Top Ad

    ad728

    Post Bottom Ad

    ad728