“Pelakon Itu Goda Suami Saya,” Isteri Dedah Kecurangan Aliff Aziz, Kantoi Banyak Kali

Anak mereka baru berusia 20 hari tetapi isteri Aliff Aziz, Bella Astillah telah dikasari oleh suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dalam satu pergelutan di sebuah bilik karaoke di Cheras. Cerita Bella:

Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.
Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.
Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut,.

Apa yang lebih menarik, melalui Harian Metro, Bella mendedahkan yang Aliff sebenarnya sudah banyak kali kantoi curang dengannya, malah Bella mengetahui hubungan Aliff dengan pelakon itu semasa dia masih sarat mengandung tetapi dia memaafkan Aliff sebelum ini.




Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.
Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati Alif lagi tetapi dia tidak peduli.
Malah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

Cerita Bella, Aliff dan pelakon wanita itu yang bergandingan sebagai pelakon utama untuk drama Izinkan Aku Mencintaimu bukanlah sekadar kawan biasa:

Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp.
Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.
Sebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang.



Tinjauan penulis mendapati Aliff dan pelakon wanita itu dikecam teruk Netizen di ruangan komen Instagram mereka, tetapi pelakon wanita terbabit telah pun menutup fungsi komen di kebanyakan gambarnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa mengesahkan penahanan Alff Aziz berhubung laporan polis yang dibuat isterinya, menurut Utusan Online

Sumber Viral Purba http://ift.tt/2tON87E


Sumber : Siakap Kelisa http://ift.tt/2uEzQcR

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted