[9 Gambar] “Selagi Tuhan Pegang Hati, Saya Tidak Akan Buka Tudung” – Fathia Latiff

Biarpun pada awalnya berdolak-dalik mengenai identiti sebenar gadis berahi di dalam video yang tersebar, Fathia Latiff tidak mampu lagi menyembunyikan perkara itu. Walaupun saban hari Fathia digasak dengan hentaman dan cacian peminat, beliau kesal kontroversi yang melanda dirinya turut mengheret maruah keluarganya sekali.

BACA[Video] “Bertudung Tapi Kecam Orang Pun Salah Juga ‘Kan?” – Fathia Latiff

“Saya tidak kisah jika berterusan dikecam, tapi apabila keluarga turut sama menanggung malu, saya rasa bersalah. Berulang kali saya memohon maaf daripada mereka, terutama ibu. Saya tahu ibu begitu kecewa, tetapi semuanya sudah berlaku. Mahu atau tidak, saya terpaksa menanggung kesannya”

“Alhamdulillah, ketika saya dalam kekalutan dan jiwa sedang kacau, keluarga tidak membelakangkan saya. Mereka setia berdiri di belakang, memberikan kata semangat ketika saya tersasar dan melakukan kesilapan besar. Saya percaya kepada rezeki, malah tidak akan berhenti berusaha dan bertawakal kerana semua itu sudah tertulis”.

Dalam masa yang sama, Fathia meminta agar dirinya diberikan peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukannya sekaligus memperbaiki keimanan dirinya yang masih terumbang ambing. Pun begitu, Fathia tegas mengatakan dirinya tidak akan sesekali membuka tudung biarpun ramai yang mendakwa pelakon itu bakal mengikut jejak Uqasha Senrose.

“Jika ditakdirkan perjalanan kerjaya seni saya terhenti di sini, saya reda dan pasrah. Saya masih belum sempurna, tetapi selagi Tuhan memegang hati, saya tidak akan membuka tudung. Berilah saya ruang untuk memperbaiki kekurangan diri,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini, beberapa video menunjukkan Fathia yang kelihatan seperti ‘mabuk’ sedang menari sambil memaparkan sebahagian payu daranya tersebar di media sosial. Lebih parah lagi apabila aksinya itu dirakam dalam aplikasi Live Bigo. Tidak lama kemudian nama Fathia terus hangat apabila beliau digugurkan dalam sebuah drama kerana masalah disiplin.

Sumber: (rtky/w)

 

[ Gosip Artis Seterusnya… ]

 
Kalau Siti Nordiana Nak Muntah Bercinta Dengan Saya…- Giliran Fikry Ibrahim Luah Perasaan

Pelawak dan pelakon Fikry Ibrahim mengakui ketawa besar selepas mendapat tahu mengenai kenyataan Siti Nordiana mengenai gandingan mereka dalam telefilem Cakelat Semanis Honey.

Fikry ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia juga kekok apabila terpaksa menggunakan kata ganti nama diri ‘saya’ dan ‘awak’ ketika bersama Siti Nordiana.

“Kalau dia nak muntah, saya pula memang tak boleh nak tengok muka dia langsung! Sumpah, saya asyik nak ketawa saja.

“Memang kekok, sebab selama ini saya panggil dia ‘Kak Nana’, tiba-tiba kena bercinta pula. Nasib dia tahu mengawal saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fikry berkata dia kesal apabila ada netizen yang menghentam Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu kerana ‘kenyataannya’ itu.

“Rileks lah…dia bergurau saja. Saya sendiri pun tak kisah, kenapa orang lain perlu perbesarkan isu tersebut?

“Macam kita bergurau dengan kawan-kawan di kedai kopi atau adik-beradik kita lah kan…benda biasa sahaja tu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Fikry bakal muncul sebagai peserta Super Spontan Superstar 2017 bersama kumpulan King Musang yang diketuai oleh Shuib.

Super Spontan Superstar 2017 bakal menemui penonton setiap Jumaat, bermula 8 September ini jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Sumber: Astro Gempak via Sehinggit



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2xxhNFg

0 Response to "[9 Gambar] “Selagi Tuhan Pegang Hati, Saya Tidak Akan Buka Tudung” – Fathia Latiff"

Post a Comment