Anak Kena Hukum, Bapa Berbadan Sado Datang Sekolah Pukul Cikgu

DUA klip video tersebar di media sosial menyaksikan rakaman seorang bapa dikatakan berang apabila anaknya dihukum oleh cikgu. Lantaran itu dia datang ke sekolah dan memukul cikgu berkenaan.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Ayah kepada pelajar berkenaan yang berbadan sado dan menyerang cikgu tersebut dikatakan bertugas sebagai seorang tentera.

Setakat ini masih belum dapat dipastikan di sekolah manakah kejadian ini berlaku. Dari gaya percakapan individu-individu di dalam video dipercayai kejadian ini tidak berlaku di Semenanjung Malaysia.

Cikgu tersebut dikatakan kini sedang menerima rawatan kerana mengalami pendarahan dalaman akibat serangan itu.

Di bawah ini dua video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.

Video pertama:

Video kedua:

Maklumat lanjut menyusul.

[ Artikel Trending di Bawah ]

13 Selebriti Wanita Belum kahwin Yang Paling Jelita Menawan dan Berkarisma. No 10 Tu Tengah Meletop Sekarang!

16 selebriti wanita belum berkahwin (Kredit Gambar: Instagram)

Hujung minggu melepak bersama kawan-kawan, banyak yang dibualkan. Daripada topik berat sehinggalah yang ringan dan tidak membebankan kepala.

Antara yang dibualkan adalah siapa selebriti wanita Malaysia belum berumahtangga yang dikategorikan paling jelita, menawan dan berkarisma.

1. Izara Aishah

Kejelitaannya memang tidak berbelah bagi. Senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya serta raut wajahnya cukup menawan. Sikapnya yang humble turut menjadikan Izara mendapat undian paling tinggi.

2.  Fazura

 

Wanita ini cukup mengagumkan. Daripada pelakon menjadi business woman dan kini sudah bergelar penyanyi. Tahun 2017 bakal menyaksikan Fazura melangkah lebih jauh.

3.  Ayda Jebat

 

Dengan gaya yang ringkas tanpa calitan makeup yang tebal, Ayda Jebat punya kejelitaan semulajadi. Apatah lagi sikapnya yang peramah dan sentiasa melayan peminat dengan baik.

4. Neelofa

 

Sentiasa pandai bergaya dan tahu apa yang bersesuaian dengan beliau, Neelofa memang layak berada di dalam kategori ini.

5. Yuna

 

Berkarisma dan tahu apa yang diinginkan, Yuna menjadi idola ramai wanita di Malaysia. Apatah lagi beliau kini punya rangkaian jenama pakaiannya tersendiri.

6. Tiz Zaqyah

 

Inspirasi wanita moden dan bergaya. Itulah Tiz Zaqyah.   Ketawanya sahaja sudah boleh mencairkan hati lelaki.

7. Emma Maembong

 

Kulitnya putih melepak bak sutera. Gaya berpakaiannya tidak keterlaluan dan kejelitaannya memang menjadi impian.

8. Syarifah Amani

 

Kecil molek tetapi berjiwa besar. Sharifah Amani sentiasa tahu apa yang diinginkan sama ada dari segi berpakaian, mahupun dalam lakonan.

9. Kaka Azraff

 

Walaupun masih baru di bidang seni, namun tidak dinafikan Kaka sentiasa tampil trendy. Gaya manjanya juga membuatkan lelaki tidak senang duduk.

10. Mira Filza

 

Gadis bertudung ini sungguh ayu. Apatah lagi wajah Mira Filza ini sungguh tenang di pandang mata. Tahun 2016 menyaksikan Mira lebih banyak menumpukan masa menjadi pengacara berbanding dengan berlakon.

11. Zulin Aziz

 

Jangan terkejut wanita kelakar ini juga termasuk dalam kategori paling menawan. Zulin ada daya tarikan yang tersendiri yang amat menawan hati.

12. Nelydia Senrose

 

Seorang lagi wanita kacukan yang hangat di arena seni. Kejelitaannya memang tidak boleh dinafikan. Selepas melakukan undian antara adik beradik Senrose, Nelydia menjadi pilihan ramai.

13. Janna Nick

 

Walaupun gayanya nampak sedikit ‘tomboy’, tapi tidak ada sesiapa yang mampu menidakkan keayuan wajah Janna Nick. Apatah lagi dengan gelak ketawanya itu.

Sekadar pilihan sepuluh orang lelaki yang kebosanan. Kalau nak diikutkan, pasti ramai lagi selebriti jelita dan menawan yang belum tersenarai. Siapa selebriti yang tidak tersenarai yang menjadi pilihan anda?

Sumber : rojakdaily.com via media gempak

[ Artikel Trending di Bawah ]

[ VIDEO ] Wanita Diseksa hingga mati kerana salah sangka

Akibat disangka mahu menculik kanak-kanak, seorang wanita yang mengalami masalah mental diseksa dengan diikat, dicukur rambut, dibogelkan, dibelasah dan dilempar batu hingga mati oleh penduduk sebuah kampung di Benggala Barat, India, Selasa lalu.

Wanita itu, Otera Bibi, 42, yang tinggal bersama ibu bapanya merayau hingga ke kampung Mithipur-Panagarh berhampiran sebelum singgah di sebuah pondok. Pemilik pondok itu, Dilip Ghosh, membuat kecoh kononnya wanita itu menculik anak perempuannya berusia 10 tahun.

Bulan lalu, seorang kanak-kanak di kampung itu hilang, dipercayai dilarikan.

Menurut Daily Mail, penduduk kemudian menangkap Otera, mengikatnya pada traktor dan membelasahnya, termasuk melemparnya dengan batu.

Otera cuba memberitahu sesuatu namun penduduk tidak faham apa yang dikatakannya.

Menurut saksi, mereka mengoyakkan pakaiannya dan mencukur rambut wanita malang itu tanpa belas kasihan sehingga polis tiba tiga jam kemudian dan mengejarkannya ke hospital di Jangipur namun disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Murshidabad, Superintendan Mukesh, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan kes itu dan berusaha mengenal pasti penyerang.

Bebrapa orang ditahan untuk soal siasat namun tiada yang direman.

Menurut ibu bapa wanita itu, Otera mengalami masalah mental dan sering merayau, termasuk tidak pulang ke rumah selama beberapa hari.

Anda semua saksikanlah saat-saat akhir wanita malang ini di seksa oleh penduduk kampung yang kejam lagi bangang ni

Sumber: Harian Metro / Daily Mail UK

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "Anak Kena Hukum, Bapa Berbadan Sado Datang Sekolah Pukul Cikgu"

Post a Comment