Diugut Rogol Dan Bunuh, Empat Wanita Berdepan Detik Menakutkan Disamun Ketika Daki Bukit Keluang

Besut, Terengganu.

Empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut akan Rogol dan bunuh sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira -kira jam 2.30 petang itu, seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bersama seorang anak perempuannya berusia 31 dan dua rakannya anak perempuannya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjata pisau dan kayu.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa mendaki berlima melalui jalan belakang Bukit Keluang dan sebaik sampai di puncak bukit tiba-tiba muncul dua lelaki menutup muka dengan kain.

“Kedua-dua suspek yang memakai seluar pendek tiga suka dan baju tanpa lengan yang masing masing bersenjatakan sebilah pisau dan kayu telah mengacukan kepada mangsa,” jelas beliau.

Menurut sumber, antara barang yang telah disamun termasuklah, tiga utas rantai tangan emas, tiga buah telefon bimbit, sebentuk cincin berlian, dan sejumlah wang tunai. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan melebihi RM20,000

Sumber: Sinar Harian

(Berita Lain Yang Menarik..!)

“Guna Duit Saya Dulu, Nanti Datang Lagi Tuan Bayar Balik,” Pemilik Petronas Berkenaan, Anda Beruntung Ada Pekerja Baik Seperti Asmah

Satu kisah tauladan yang dikongsi oleh Tuan Dhany Sarip melalui akaun facebook nya yang menceritakan tentang sifat baik dan prihatin yang ditunjukkan oleh seorang staf stesen minyak petronas di Labuan.

Berdasarkan kisah yang dikongsikan ini, kita boleh mengambil pengajaran yang mana sikap tolong menolong diantara satu sama lain merupakan satu sifat yang perlu ada dalam diri semua orang.

Kita juga seharusnya bersikap ikhlas sekiranya memberikan pertolongan kepada orang lain.

Bagi individu yang mendapat pertolongan juga seharusnya mempunyai sikap amanah dan tidak mengambil kesempatan disebalik kebaikan seseorang terhadap diri kita.

###################################################################

Pagi tadi saya memandu ke tempat kerja di Kompleks TUDM Bukit Kubong, Labuan. Petrol sudah berada pada tahap ‘nazak’, berkelip-kelip nampaknya meter petrol minta diisi. Rancangnya mahu singgah mengisi di stesen Petronas.

Belek dompet, duit ada RM1 dalam beberapa keping sahaja. Lupa pula hendak keluarkan duit malam semalam. Disebabkan tiada wang tunai, saya nekad untuk gunakan kad kredit. Lokasi mesin juruwang automatik (ATM) agak jauh, takut pula tak sempat sampai.

Sampai sahaja di Stesen Petronas Jalan Tun Mustapha, saya meluru ke meja kaunter. Saya dilayan oleh staf yang memakai tag nama ‘Asmah’. Semasa membuat pembayaran, saya serahkan kad kredit. Beberapa saat menunggu, rupanya sistem dalam mod luar talian (offline), menyebabkan kad kredit tersebut tak dapat digunakan.

Saya buntu. Bila dikira wang dalam dompet, hanya ada RM3. Saya mula menyalahkan diri sendiri. Disebabkan kecuaian, saya terhimpit dalam masalah yang dicetuskan sendiri. Itulah risiko jika kita bergantung secara total pada kad kredit.

Tiba-tiba Asmah bersuara memecah sunyi, mencadangkan jalan penyelesaian.

“Tak apa. Biar saya bayar guna duit saya dulu.” Asmah mencadang.

Saya terkesima. Perasaan serba salah mula terbit di hati. Dalam masa yang sama, saya ragu-ragu. Sampai begitu sekali Asmah menawarkan bantuan. Dia tak kenal saya pun, dan saya pun tak kenal dia.

“Nanti bila-bila tuan datanglah bayar pada saya.” Asmah menyambung bicara sambil tersenyum.

Dalam keadaan tergesa-gesa, saya mengangguk tanda setuju. Nilai petrol yang tertera berjumlah RM30. Setelah saya ucapkan terima kasih, saya berjanji akan berjumpa dengan dia secepat mungkin untuk melunaskan hutang.

Selesai mengisi, saya meneruskan pemanduan. Bermacam-macam perkara yang menjengah di fikiran. Betapa pemurahnya Asmah yang sedia untuk mendahulukan wangnya, sedangkan saya langsung tidak dikenalinya. Bagaimana pula jika saya tidak jujur dan enggan membayar semula wang yang telah dipinjamkan?

Terharu saya bila difikirkan!

Asmah benar-benar membuka mata saya tentang pentingnya konsep membantu orang lain yang berada dalam kesusahan walaupun terdedah pada kebarangkalian untuk dibohongi dan dizalimi. Tinggi sungguh tahap tawakalnya!

Mungkin ada yang berkata bahawa Labuan ini adalah sebuah pulau semata-mata. Ke mana pergi, pasti ada yang mengenali. Kalau saya ‘lari’ sekalipun, kelak akan dicari sampai jumpa juga.

Bukan itu isu pokoknya. Persoalannya, adakah kita sanggup untuk menolong orang yang asing dari sisi kita. Bukan keluarga kita, bukan saudara kita, bukan kawan kita malah bukan jiran tetangga kita. Pasti ada rasa teragak-agak juga, apalagi dalam hal yang melibatkan wang.

Setahun setengah saya bertugas di Labuan, tidak keterlaluan untuk saya katakan bahawa masyarakat di sini baik belaka. Ringan tulang, saling menghormati serta mesra dan peramah.

Kepada Asmah, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Saya doakan Asmah agar terus sukses dalam kehidupan. Majikan Asmah sepatutnya memberikan penghargaan kepadanya. Kerana akhlak yang ditampilkan sangat memikat. Cukup tenang dalam menangani situasi, sedia untuk menolong dan tidak lokek dengan senyuman!

Stesen minyak Petronas Jalan Tun Mustapha, anda beruntung kerana mempunyai pekerja seperti Asmah!

Sabah, anda beruntung kerana mempunyai anak jati seperti Asmah!

Coretan rasa,
Dhany Sarip
Anak jati Pahang, musafir di Labuan.

*Asmah yang memakai cermin mata dan buat lambang ‘peace’. Malu dia bila diajak bergambar.

Sumber : Siakapkeli



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2xAdzyE

0 Response to "Diugut Rogol Dan Bunuh, Empat Wanita Berdepan Detik Menakutkan Disamun Ketika Daki Bukit Keluang"

Post a Comment