Jangan Terus Percaya Kawan, Pastikan Tiada Kamera Bila Berseronok – Fathia Latff

Kontroversi Fathia Latiff menari dalam satu siaran langsung di Bigo Live Natasha Elyzza masih menjadi bualan hangat.

Terbaru, Fathia telah bersiaran di Instagram secara langsung dan menerangkan mengapa dia membuat pengakuan bahawa wanita yang menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payudara itu ialah dirinya. Ujarnya:

Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat video peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi.

Ditanya oleh peminatnya sama ada dia telah bertaubat, Fathia berkata:

Ia antara saya dan tuhan. Sama ada saya bertaubat atau tak taubat antara saya dengan tuhan. Saya tak perlu beritahu satu dunia saya dah bertaubat atau tidak. Biarkan perkara lepas itu berlalu.

Tetapi saya rasa dah buat keputusan yang betul dengan mengaku yang memang saya yang ada dalam video itu. Saya tak mahu berbohong.

 

Saya tak mahu berbohong kerana ini realiti dunia, yang kita berbuat silap.

Fathia mengambil pengajaran yang dia tidak sepatutnya terus mempercayai rakannya dan memastikan tiada kamera ketika berseronok dengan kawan-kawan perempuan:

 

Ia tak baik kerana video itu terkeluar dan ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang yang lebih muda dari saya. Tapi sebenarnya kalau kita ambil secara positif, kita boleh berseronok dengan kawan tetapi pastikan jangan terus percaya kawan kita, pastikan tiada kamera dan sebagainya.

 

Itulah yang saya pelajari dari kesilapan saya.

Diminta supaya belajar menutup aurat dengan betul selepas ini, Fathia berkata:

Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat.

 

Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar. Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain. Itu pun salah juga, kan?:

 

Fathia juga menganggap seperti mana orang lain menghadapi dugaan, kontroversi di Bigo Live ini juga satu dugaan yang perlu dihadapnya.

 

 

Terdapat komen peminat yang bertanya mengapa Fathia bersiaran langsung dengan kepala hanya ditutup penutup jaket dan menampakkan leher, tetapi Fathia tidak menjawab persoalan tersebut.

Apa pun, kita harapkan Fathia telah belajar dari kesilapannya. Kalau dengan kawan perempuan sekalipun rasanya masih ada adab perlu dijaga oleh seorang wanita berhijab dan ia bukan perkara normal untuk menari seksi sehingga menampakkan payudara walaupun di kalangan perempuan. Rasanyalah

sumber

 
Baju Afifah Nasir Disamakan Dengan Guni Bawang
Baju Afifah Nasir Disamakan Dengan Guni Bawang

Nampaknya sepanjang hujung minggu lalu nama Afifah kembali ‘panas’ sekali gus menjadi bualan hangat ramai. Lepas satu-satu cerita kontroversi yang mengaitkan nama pelakon ini.

Selepas dakwaaan berdua dengan Aliff Aziz di pusat karaoke reda, kini isu menyindir isteri kepada pelakon, Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Namun setelah dikecam, Afifah bertindak menutup ruangan komen di akaun Instagram.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen di Facebook Media Hiburan, peminat seolah tidak berminat mengenai topik yang dibincangkan malah menjadikan isu busana yang dipakai Afifah menjadi topik utama. Mereka menjadikan baju yang dipakai Afifah sebagai bahan gurauan.

Rata-rata netizen mempersendakan busananya gara-gara baju rona merah yang disarungnya yang dimuatnaik di Instagram miliknya disamakan dengan guni bawang.

Tidal kurang juga yang memangil Afifah sebagai ‘makcik bawang’.

Di bawah adalah komen yang diterima oleh Afifah.

Kreatif betul netizen ni kan?  Namun kalau tak suka sangat pun jangan la macam tu.  Cantik sebenarnya baju Afifah tu.  Ada sahajalah korang ni kan…

 

 
Jihan Muse Tayang Baby Bump
Jihan Muse Tayang Baby Bump

Pelakon dan pelawak, Jihan Muse  dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambar di instagram menampakkan perut atau ‘baby bump’ yang kini sudah mencecah lima bulan kepada umum.

Memang sudah jelas kelihatan baby bumpnya dan jelas seri ibu mengandung selepas disahkan hamil ketika penggambaraan drama Biniku Ninja di Perancis tempoh hari.

 Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, pertama kali Jihan berkongsi foto yang menunjukkan baby bump yang semakin membesar yang mencuri tumpuan pengikutnya.

“Da habis kerja. Nak cari cempedak goreng. Harini mak pakai baju dari @9months_maternity. “ tulisnya di kapsyen.

Perkongsian pelawak itu telah menerima lebih daripada 36,000 likes setakat ini.Malah peminatnya masing-masing cuba meneka jantina bayi Jihan.

Tidak dinafikan kini Jihan kelihatan semakin menawan dan sihat dengan kandungannya yang semakin membesar.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pengikut Instagram Jihan mula membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat perutnya itu.

Ada juga yang memuji baby bump Jihan comel dan mendoakan agar dapat bersalin dengan selamat nanti.

Tidak kurang juga, terdapat pengikut laman sosial yang baru mengetahui berita kehamilannya.

Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Jihan dan suaminya, Ungku Hariz semoga berada dalam keadaan baik.

Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz yang menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2007 telah disatukan pada Mac 2016.

MH mendoakan agar Jihan dan bayi sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.

 

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "Jangan Terus Percaya Kawan, Pastikan Tiada Kamera Bila Berseronok – Fathia Latff"

Post a Comment