PEMANDU TEKSI INI TERLALU MENGANTUK KETIKA MEMANDU. APA YANG GADIS INI LAKUKAN BUAT RAMAI TERKEJUT!

Kebiasaannya, setelah lama bekerja badan akan terasa penat dan mata mulai mengantuk. Jika kita lihat ibu bapa kita, kadang-kadang apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja mereka pasti akan tertidur kerana kepenatan.

Bagi pemandu teksi, walaupun hanya perlu memandu daripada satu tempat ke tempat lain, mereka selalunya bekerja lebih masa untuk mencari rezeki lebih.

Mana tidaknya, terdapat ramai pemandu teksi yang sanggup bekerja hingga lewat malam untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Dalam satu peristiwa di Filipina, seorang pemandu teksi tidak dapat tahan mengantuk ketika sedang bertugas membawa seorang pelanggan. 

Malah, memandu ketika mengantuk juga boleh membawa pelbagai risiko untuk dirinya dan pelanggan.

Jika anda berada ketika situasi ini, adakah anda akan keluar mencari teksi lain?

Mungkin ya tetapi tidak untuk Christina Tan yang memilih untuk memandu teksi tersebut.

Ketika sedang memandu, mereka berdua berbual dan berbincang tentang banyak perkara. Christina Tan juga kasihan dengan pemandu ini kerana terpaksa menyara beberapa anaknya dengan memandu teksi.

Kemudian, pemandu tersebut tidak tahan mengantuk dan meminta Christina untuk bertukar teksi lain agar cepat sampai ke destinasi.

Walaupun mempunyai pilihan lain, tetapi Christina Tan nekad memandu teksi berkenaan yang berusia 70 tahun.

Pada awalnya, pemandu teksi tersebut juga terkejut tetapi membenarkan Christina memandu manakala dia dapat tidur untuk berehat.

Chistina juga dapat memandu dengan baik hingga ke destinasinya walaupun memandu kerete jenis manual.

Kisah ini menjadi tular dan pengajaran kepada semua orang supaya lebih menghormati dan memahami seseorang yang penat bekerja.

Sikap yang ditonjolkan oleh Christina ini harus dijadikan pengajaran kerana tidak kira dalam apa-apa situasi, kita perlu menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Sumber gambar: Facebook Christina Tan

Kredit : Era Baru

……………

[ Artikel Trending di Bawah ]

MAKAN DALAM ! Setelah Dikecam RIAK Bermandikan DUIT , Datuk Seri Vida Tampil Dengan Respon Yang Mengejutkan !!

TINDAKAN pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Vida asyik ‘mandi’ duit dan barang berlian baru-baru telah mengundang kritikan daripada orang ramai.

Netizen berpendapat Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr. Hamiza Othman tidak sewajarnya bertindak menunjukkan kekayaan yang dimilikinya sedemikian rupa secara terbuka.

Hal ini kerana, ramai yang beranggapan jutawan kosmetik itu seolah-olah bersikap riak dan menunjuk.

Bagaimanapun, Vida dilihat mempertahankan tindakan berkenaan dengan berkata beliau berbuat sedemikian bukan atas niat untuk menunjukkan kekayaan mahupun riak.

Sebaliknya, babak itu dibuat adalah sebagai  inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bekerja dengan keras untuk menjadi seperti dirinya.

“Klip video saya ini bukan nak menunjuk atau riak dengan kekayaan tetapi untuk memberi inspirasi kepada orang ramai tentang wang dan kemewahan.

“Senang cakap apa yang ditunjukkan adalah satu cara kehidupan agar orang ramai berusaha untuk berjaya, tapi orang tak faham. Terkesima juga saya dengan komen-komen mereka itu,” katanya dipetik sebuah portal online.

Jelas Vida lagi, beliau telah menghabiskan sekitar RM1 juta semata-mata untuk pembikinan video klip tersebut. Kos produksi sahaja telah memakan belanja mencecah RM180,000 dan peralatan pula menelan belanja sehingga RM80,000.

“Untuk klip video itu saja saya telah membelanjakan kira-kira RM1 juta. Kos produksi saja menelan belanja RM180,000, untuk peralatan klip video itu saya telah membelanjakan kira-kira RM80,000,” ujarnya.

Menurutnya lagi, cincin rama-rama yang dipakai dalam video berkenaan adalah ditempah khas dengan harga RM400,000.

Selain itu, beliau dikatakan bakal melelong barang perhiasan tersebut kepada sesiapa yang berminat untuk memilikinya.

“Cincin rama-rama yang saya pakai itu berharga RM400,000. Disebabkan saya nak konsep rama-rama, cincin itu ditempah, nanti kalau siapa berminat saya akan lelong sebab itu bukan cincin biasa,” terang Vida.

Vida memaklumkan klip video yang penuh dengan warna-warni dan ceria itu bakal dilancarkan secara rasmi pada 30 September ini. – http://ift.tt/2xc7oy3

……………….

[ Artikel Trending di Bawah ]
PUNCA SEBENAR MENGAPA SUSPEK BAKAR TAHFIZ PATAH TANGAN KIRI SELEPAS MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERJAWAB
SEORANG daripada tujuh suspek yang membakar asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat sehingga mengorbankan 23 nyawa, terbabit kemalangan ketika menunggang motosikal dan patah tangan kiri pada hari sama.

Sumber berkata, suspek berusia 16 tahun itu terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membantu ibunya berniaga pasar malam di Bangsar, kira-kira 5 petang, Khamis lalu.

“Pada hari kejadian dia (suspek) masih meneruskan kerja seperti biasa dengan membantu ibunya berniaga di pasar malam.

 

“Bagaimanapun, sewaktu menunggang motosikal untuk ke pasar malam dia terbabit dalam kemalangan dan patah tangan kiri.

“Selepas menerima rawatan di klinik, polis datang ke kediamannya dan menahan suspek bersama adiknya berusia 15 tahun, kira-kira 2 pagi, Jumaat lalu,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Jelasnya, dia difahamkan suspek dihantar ke hospital untuk rawatan susulan, hari ini.

“Ibu suspek juga turut menemani anaknya ke hospital diiringi anggota polis,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Karipap Panas http://ift.tt/2jOJ56B

0 Response to "PEMANDU TEKSI INI TERLALU MENGANTUK KETIKA MEMANDU. APA YANG GADIS INI LAKUKAN BUAT RAMAI TERKEJUT!"

Post a Comment