Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram..? Memang Merecikk & Seksi Sekarang Ne..!

Lama rasanya tidak dengar khabar si genit, Ayda Jebat. Baru-baru ini MH Online stalk Instagramnya untuk melihat perkembangan terkini pelakon dan penyanyi lagu Awak Sangat Nakal ini.

Agak terkejut dan tidak sangka rupanya Ayda kini sudah berwajah baru dengan potongan rambut yang agak berbeza daripada sebelumnya.

Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan tindakannya yang memotong rambut depan dan perm untuk kelihatan ikal, ramai juga yang memuji dan geram kerana Ayda kelihatan sangat comel dengan penampilan terbarunya itu.

Difahamkan Ayda telah membuat make over sempena drama Dekatkan Jarak Kita karya Syu Ariani yang bakal ditayangkan di Samarinda TV3 tidak lama lagi.

 

Drama terbitan JS Pictures ini telah menampilkan juga beberapa barisan artis seperti Syafiq Kyle, Nadia Brian, Riena Diana, Catariana Ross dan ramai lagi.

Sungguh pun masih dalam pengambaran, ramai peminat yang ternanti-nantikan tayangan drama ini dan tidak ketinggalan untuk mula menggunakan hashtag #DekatkanJarakKita di Twitter.

Apa pun MH Online juga suka tengok penampilan baru Ayda yang kelihatan sangat fresh dan muda. Malah kami juga tidak sabar untuk melihat gabungan dua pelakon hebat tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Ayda Jebat yang bakal digandingkan di dalam drama ini.

Malah kami juga dapat mengagak sejauh mana penerimaan penonton terhadap drama ini, maklumlah JS Pictures yang terbitkan, tentu hebat..!

Sumber : MH Online

 

[ Lagi Cerita Artis Terbaru..! ]

 
“Yang Buka Aurat Je Jahat, Yang Bertudung Je Baik” – Tiz Zaqyah
 

Dikala kontroversi panas melanda Fathia Latiff dan Natasha Elyzza baru-baru ini, Tiz Zaqyah turut bersuara menyelar tindakan Natasha yang dilihat menjadi punca maruah Fathia tergadai. Dan terbaru, menerusi laman Twitter pula, Tiz ada menulis beberapa pandangan beliau mengenai sikap skeptikal masyarakat terhadap aurat wanita terutama selebriti.
 
Tidak pasti ianya kebetulan atau tidak, namun Tiz seolah melepaskan geram yang tidak habis dengan pandangan serong masyarakat terhadap aurat wanita terutama selebriti. Menurut Tiz, pada zaman kini ramai meletakkan aurat sebagai kayu pengukur hati seseorang dan jika tidak menutup aurat sewenangnya saja mereka digelar ahli neraka.

Selain itu, Tiz turut menyatakan sikap rakyat Malaysia yang suka melabel seseorang dengan hanya melihat tubuh badan yang tidak menutup aurat. Malahan katanya lagi hijrah seseorang bukanlah bergantung kepada teguran ‘ustaz-ustaz’ di laman sosial tetapi kerana Tuhan.

Marah benar Tiz kali ini nampaknya. Menerusi siasatan handal portal Beautiful Nara, Tiz juga dilihat sempat berdebat dengan seorang peminat yang menyangkal pendapatnya itu mengenai aurat wanita. Bagaimanapun apabila kami menyiasat sendiri laman Twitter pelakon itu, ianya telah dipadam.

Apapun tepuk dada tanya iman. Lain orang lain pendapatnya mengenai sesuatu, namun apa yang pasti aurat itu wajib ditutup dalam agama. Tapi ada benarnya kata Tiz, wanita yang tidak menutup aurat tidak semestinya jahat dan wanita yang bertudung sebaliknya. Sama-samalah kita muhasabah diri.

Sumber: (rtky/w)



Sumber Ceritera Chenta http://ift.tt/2xyw18W

0 Response to "Penampilan Baru Ayda Jebat, Buat Peminat Geram..? Memang Merecikk & Seksi Sekarang Ne..!"

Post a Comment