“Saya Terlalu Sibuk Untuk Bertemu PM Kanada” – Alasan Wanita Malaysia 70 Tahun Ini Amat Mengharukan


Baru-baru ini, sebuah video telah disebarkan di media sosial mengisahkan seorang wanita yang berhati mulia membantu orang gelandangan di sekitar Motreal, Kanada. Wanita ini menjadi viral disana apabila beliau menolak jemputan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau hanya disebabkan beliau terlalu sibuk dengan aktiviti kesukarelawan membantu menyediakan dan mengagihkan makanan kepada golongan memerlukan antaranya gelandangan dan mangsa penderaan.

Lebih mengejutkan lagi, wanita ini berasal dari Malaysia ! Ya, Malaysia. Sabariah Hussein pernah menetap di Kuala Lumpur sebelum membuat keputusan untuk berhijrah ke Kanada kira-kira 30 tahun yang lalu selepas menamatkan pembelajaran dalam bidang kulinari di Malaysia. Hebat!!!

Sabariah ataupun lebih dikenali sebagai Sabria dalam kalangan penduduk setempat memasak kira-kira 300 hidangan sehari dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan tempatan terutama pelajar universiti berdekatan.

Disebabkan amalan mulia beliau tersebut, beliau telah menerima pelbagai anugerah antaranya anugerah Woman Who Inpired 2015 daripada Majlis Wanita Islam Kanada. Kerja-kerja amal beliau ini telah menarik minat PM Kanada untuk bertemu, tetapi tidak menjadi kenyataan. Namun, Sabariah tidak menolak untuk bertemu di lain hari malah berhajat untuk memasak Mee Malaysia kegemarannya untuk dihidangkan kepada PM Kanada tersebut.

Menurut sukarelawan yang terlibat bersama-sama Sabariah semasa bulan Ramadan, mereka memahami alasan yang diberi Sabariah kerana tidak mungkin beliau mampu mencuri masa untuk bertemu dengan pemimpin tersebut. Ini disebabkan jadualnya yang penuh dengan aktiviti memasak dan lawatan yang akan dijalankan bersama dengan gereja tempatan.

Disebabkan kabaikkan yang dibuatnya, beliau digelar Mother Teresa’s Muslim of Montreal dalam kalangan penduduk tempatan.

Dalam sebuah temu bual bersama Monteal Gazette, Sabariah berkata;

“Saya tidak mencari populariti, tetapi saya mahu semua orang tahu bahawa kami orang Islam juga adalah orang yang baik-baik”

Kerja-kerja amal beliau dilakukan secara percuma. Katanya,

“Saya menganggap kerja ini adalah kerja dengan Allah, sebab itu saya tidak dibayar”

Sebagai seorang Muslimah yang taat, beliau berharap melalui kerja-kerja amal ini, imej Islam akan kelihatan baik dalam kalangan masyarakat Kanada. Malahan hasil pendapatan dari jualan nasi yang diletakkan di depan masjid setiap Jumaat disalurkan kepada program-program amal yang dijalankan di melalui rumah tumpangannya Our 2nd Home Shelter sejak tahun 2001 lagi.Selain itu beliau turut berkongsi ilmu masakannya bersama penduduk setempat.

“Kamu boleh merasai bahawa beliau amat mengambil berat mengenai orang lain dan langsung tidak mementingkan diri sendiri”, ujar Steven salah seorang sukarelawan yang membantunya selama dua tahun.

Sabariah yang lahir di Johor namun membesar di Kuala Lumpur turut berkongsi bahawa beliau mendapat inspirasi untuk melakukan kerja amal daripada ibunya yang banyak menyediakan makan kepada ribuan orang yang tidak berkemampuan sepanjang dia membesar. Sabariah bersama 8 lagi ahli sudah biasa berkongsi ruang rumah mereka bersama orang yang memerlukan hingga pernah menginap bersama 18 orang ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat yang lain. Ujarnya,

“ Ia seperti rumah anak-anak yatim apabila suami kepada sepupu saya meninggal, anak-anaknya datang menginap bersama kami. Jadi keluarga kami bertambah menjadi 18 orang”

Kini di Kanada, beliau mewujudkan sendiri rumah tumpangan yang memberi peluang untuk orang yang tidak berkemampuan untuk berteduh.

Aktivitinya terkini adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pelarian Rohingya di Malaysia dengan kerjasama Badan Sukarelawan Muslim Kanada, Human Concern Internasional. Hingga Jun mereka mampu mengumpul sebanyak $78 000 dan memerlukan $70 000 lagi. Dana itu akan digunakan bagi membeli bahan sama ada untuk membina ataupun memperbaiki rumah perlindungan pelarian Rohingya.

Jadi, apa tunggu lagi? Jika seorang mak cik berusia 70 tahun mampu memberi impak melalui sumbangannya di negara orang, kita juga mampu melakukan hal yang sama di sini, d tanah air tercinta bernama Malaysia!

Sumber : Tahanuni

________________________________________

[Artikel KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

MENGEJUTKAN !! Dulu Diejek Wajah Huduh Seperti ‘Gorilla’, Kini Berubah Menjadi Ratu Cantik..


Apa-apa sahaj boleh terjadi jika ada kegigihan untuk berusaha demi kelihatan lebih cantik. Namun kita tidak seharusnya melihat pada penampilan luar saja, dan jika dilihat pada kajian menunjukkan masyarakat akan tertarik pada penampilan seseorang untuk kali pertama.

 

 

Oleh sebab penampilan selalunya akan menjadi pandangan pertama, tidak hairan abila seseorang itu memiliki kecenderungan untuk percaya pada paras rupa dan cara berpakaian. Benar atau tidak?

Seperti yang terjadi pada wanita yang berasal Vietnam, Kuok. Gadis berusia 22 tahun ini sering diejek dari teman-temannya hanya kerana bibirnya tebal dan hidungnya tidak mancung seperti Gorila. Pendek kata, Kuok dianggap jelek oleh teman-temannya bahkan seseorang pernah mengatakan tak akan menikahi dirinya karena penampilannya yang huduh.

 

Gadis ini nekad untuk melakukan pembedahan plastik dan menghabiskan wang beribu-ribu ringgit bagi mengubah wajah menjadi lebih cantik. Selepas melakukan operasi plastik, Kuok lebih berkeyakinan tinggi dan akhirnya menemukan seseorang yang kini jadi pasangan hidupnya.

Sumber:hangat.com

________________________________________

[Artikel KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

Fesyen PELIK ! Wajahnya Iras2 Hanis Zalikha dan Ernie Zakri.Lebih Mengejutkan Setelah Mengetahui Identiti Sebenarnya..Tak Sangka Dia Ni..

Laman sosial bukan sahaja menjadi medan untuk perhubungan malah turut dijadikan sebagai sumber rujukan dan berita terkini yang lebih pantas.

Terkini menerusi laman Twitter , Hangat.com mendapati netizen sibuk memperkatakan mengenai fesyen pelik yang digayakan oleh dua orang selebriti ternama, Hanis Zalikha dan Ernie Zakri.

 

 

 

Di dalam tweet yang mengandungi beberapa keping gambar fesyen pelik yang dipakainya, terlihat beberapa jenis makanan dan juga berus gigi yang dipercayai pencetus idea fesyen tersebut.

Namun begitu, gambar berkenaan bukanlah Hanis dan Ernie seperti yang didakwa malah ianya kepunyaan seorang pemuda dari Thailand yang mempunyai wajah seiras mereka.

 

 

 

 

Tidak hairanlah fesyen ini telah digayakan oleh pemuda ini kerana kebanyakan fesyen pelik yang tular datangnya dari negara Thailand. Susah juga ya kalau kreatif tidak bertempat ini kasihan Hanis dan Ernie yang telah disamakan dengan fesyen pelik ini.

 

Sumber:hangat.com

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "“Saya Terlalu Sibuk Untuk Bertemu PM Kanada” – Alasan Wanita Malaysia 70 Tahun Ini Amat Mengharukan"

Post a Comment