SEMPENA ANNIVERSARY KE-6.. MEMEY DAN NORMAN BERSANDING DENGAN ABBY ABADI DAN SUAMI.

Pasangan suami isteri selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza, malam ini bersanding buat kali kedua bersempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam, hari ini.

Bekas isteri Norman, Abby Abadi dan suaminya, Jaiezzany turut bersanding dalam majlis di Pusat Konvensyen Ideal, di sini.

Bertemakan Islamik Vintage, kedua-dua pasangan yang disertai anak mereka berpakaian serba putih dalam majlis dihadiri lebih 600 tetamu termasuk rakan artis dan keluarga kedua-dua pasangan.

Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon dianggap pasangan contoh dalam melayari bahtera rumahtangga walaupun perkahwinan pertamanya pernah dilanda kontroversi.

Biarpun perkahwinan dengan Abby berakhir dengan perpisahan, namun hubungan persahabatan tetap terjalin demi kepentingan zuriat daripada perkahwinan mereka.

ABBY Abadi dan suaminya, Jaiezzany turut bersanding dalam majlis di Pusat Konvensyen Ideal.- Foto Nurul Syazana Rose Razman

Hubungan baik juga dapat dilihat antara Memey dan Abby apabila silaturahim antara kedua-dua keluarga terus terjalin dengan baik.

“Kami tidak sangka dapat bersanding sebagai sebuah keluarga besar hari ini. Majlis ini juga merealisasikan impian untuk berkumpul bersama-sama sebagai sebuah keluarga disertai rakan-rakan dan saudara mara,” kata Norman.

Sementara itu, Abby berkata majlis ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi membuktikan kepada masyarakat bahawa Islam agama yang mendamaikan.

“Syukur Alhamdulillah Allah satukan hati kami. Saya sayang Memey, Norman dan suami dan keluarga besar ini,” katanya.

Image result for norman memey abby bersanding

 

Majlis berkenaan juga bukan sekadar meraikan persandingan kedua-dua pasangan tetapi sebagai tanda kesyukuran apabila turut dilangsungkan doa selamat bersempena khatam Quran anak sulung Norman, Mohamed Danish Hakim, 14.

Mohamed Danish bakal melanjutkan pengajian hafazan Quran ke Mekke Kuran Kursu, Isparta, di Turki, Oktober ini.

Selain Danish, Norman turut dianugerahkan dua lagi anak hasil perkahwinannya dengan bekas isteri, Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9.

Dengan isterinya sekarang, Memey Suhaiza, Norman mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2.

Image result for norman memey abby bersanding

Ia juga sebahagian daripada gimik pelantikan Norman dan Memey sebagai duta syarikat katering acara perkahwinan, Mahligai Impian.



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "SEMPENA ANNIVERSARY KE-6.. MEMEY DAN NORMAN BERSANDING DENGAN ABBY ABADI DAN SUAMI."

Post a Comment