SUBHANALLAH !!!! BACAAN HAFAZAN AL QURAN ANAK NORMAN HAKIM NI BUAT RAMAI KAGUM

 

Hati siapa yang tak sejuk kan bila tau anak kandung mula menghafaz Al Quran dan boleh membacanya dengan lancar. Inilah perasaan aktor terkenal Norman Hakim bila mendengar hafazan al Quran anaknya. Subhnallah. Ada video.

SUDAH HAFAZ 28 JUZUK AL QURAN

Aktor Norman Hakim akui kagum apabila mendapat tahu anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 14, sudah menghafaz 28 juzuk al-Quran. Norman berkata jika dia, belum tentu boleh menghafaz ayat al-Quran sebanyak itu seumur hidupnya.

“Saya pernah diminta Danish untuk mengujinya dalam hafazan al-Quran kerana mahu berlatih sebelum menduduki peperiksaan di sekolah.

 

“Saya hanya baca mana- mana ayat secara rawak di dalam al-Quran tanpa dilihatnya dan dia dengan cekap menyambungnya selepas saya berhenti membaca.

MEREMANG BULU ROMA

“Meremang bulu roma saat saya lihat dia menghafaz ayat al-Quran itu dengan tepat sekali.

 

“Saya kagum melihatnya, kalau saya belum tentu lagi boleh lakukan begitu,” katanya kepada Astro Gempak.

BAKAL KE TURKI

Danish yang mengikuti pengajian di Madrasah Uthmaniyah Tahfiz, Bangi bakal menyambung pengajiannya ke Turki pada Oktober depan.

“Jika hendak diikutkan Danish akan berangkat pada Mei lalu tetapi saya serta Abby Abadi dan Memey agak emosi untuk melepaskan dia.

“Yelah, jika dia ke sana Mei lalu dan mengikuti pengajian selama 9 bulan sudah pasti kami tidak dapat menyambut raya bersamanya, justeru kami mintak ditangguhkan ke Oktober.

 

“Saya bangga kerana Danish antara 20 pelajar dari Malaysia yang terpilih untuk mengikuti pengajian bersama 400 orang pelajar lain dari seluruh dunia.

“Bagi saya dia memang anak yang terpilih dan dipilih oleh Allah untuk mempunyai kelebihan menghafaz.

SEMOGA JADI ANAK YANG SOLEH

“Anak-anak begini biasanya yang menjadi bench mark kepada kita sebagai ibu bapa untuk menjadi lebih baik.

 

Image result for anak norman hakim hafaz quran

 

“Moga Allah lindunginya dan kami sekeluarga tidak berhenti mendoakan kesejahteraannya di sana nanti,” katanya lagi.

Danish merupakan anak hasil perkahwinan Norman bersama Abby terdahulu.

Selain Danish mereka juga dikurniakan dua lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania, 12, dan Maria Danisha, 10.

VIDEO BACAAN ANAK NORMAN HAKIM

 

Sumber: Astrogempak via belogfadahsempoi.com



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "SUBHANALLAH !!!! BACAAN HAFAZAN AL QURAN ANAK NORMAN HAKIM NI BUAT RAMAI KAGUM"

Post a Comment