Tak Nak Salam Beckham, Gadis Bertudung Ini Dipuji Netizen


SEMALAM kecoh tentang kedatangan David Beckham ke Malaysia. Boleh dikatakan semua netizen teruja untuk berjumpa bertentang mata dengan bintang bola sepak pujaan ramai itu.
Mana tidaknya, bukan selalu artis atau selebriti dari luar negara membuat kemunculan di negara kita kan…

Tapi, ada satu adegan yang berjaya mencuri perhatian netizen dalam keriuhan majlis yang berlangsung di pusat beli belah terkemuka, Pavilion Kuala Lumpur itu.

 

Tular satu video pendek dikongsikan di aplikasi Live menerusi laman Instagram memaparkan seorang gadis yang berpeluang berdiri sepentas dengan bintang itu telah menolak untuk bersalam dengan dengan Beckham.

 

Rasanya kalau individu lain pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk bersalam dan mengabadikan kenangan bergambar bersama public figure kegemaran mereka.

Tapi, tidak buat gadis ini. Dia hanya menunduk tanda hormat apabila Beckham cuba menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

 

Gadis yang bertudung hijau itu tetap tegas dengan pendiriannya walaupun berhadapan dengan bekas bintang bola sepak kelab Manchester United tersebut.

 

Beckham pula dengan profesionalnya hanya mengangguk faham beserta senyuman tanda mengerti tanda menghormati keputusan gadis tersebut.

 

Tindakan gadis tersebut mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya memuji gadis ini kerana masih menjaga batas pergaulannya sebagai seorang yang beragama Islam.

 

 

Dalam pada itu, kemunculan bintang berusia 42 tahun di pusat beli belah itu bersempena program tertutup AIA Vitality Wellness Festival. Jangan tak tahu, Bechkham dilantik menjadi Duta Global AIA pada Mac lalu.

 

Respeklah kat gadis ini! Walaupun teruja dapat peluang bertentang mata dengan Beckham, namun dia masih tidak membelakangkan agama dalam segala perkara. Tahniah! –

MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

________________________________________________-

[Artikel KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

Jururawat ‘Cuai’ Bayi Jatuh Ke Lantai

SEBAUAH pusat penjagaan lepas bersalin di China, Puruming Postpartum Care Centre telah dikecam selepas video yang memaparkan kecuaian seorang jururawatnya hingga menyebabkan seorang bayi yang baru berusia beberapa hari jatuh ke lantai, telah tersebar menerusi media sosial.
Dalam kejadian itu, jururawat berkenaan sedang menolak bayi yang berusia 19 hari itu di dalam kereta sorong apabila ia kemudian tidak stabil lalu mengakibatkan bayi berkenaan jatuh dan kepalanya terkena lantai.

Jurucakap pusat berkenaan memberitahu media bahawa jururawat tersebut adalah seorang yang berpengalaman dan pernah menjadi timbalan pengarah di sebuah hospital selama 30 tahun.

 

Meskipun pemeriksaan doktor mendapati bayi itu tidak mengalami kecederaan terutama di bahagian kepala namun keluarganya bercadang mengambil tindakan undang-undang.

Saman berkenaan akan difailkan minggu depan. Mereka menyifatkan jururawat itu sebagai tidak bertanggungjawab dalam kejadian yang berlaku pada bulan Julai lalu.

“Jika visual dari CCTV itu tidak didedahkan, berapa lama mereka mahu menyembunyikannya dari orang ramai,” demikian marah keluarga bayi itu.

Namun jurucakap pusat itu mempertahankan jururawat tersebut.

“Lagipun manusia bukannya tuhan. Ada kalanya kemalangan berlaku,” kata jurucakap pusat terbabit. –

MYNEWSHUB

_______________________________________________________—

[Artikel KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

Bimbang Kantoi Curi, Murid Hentak Guru Tengah Solat
LAHAD DATU – Seorang guru wanita sekolah rendah menerima 17 jahitan di kepala selepas dihentak dengan batu oleh pelajar berusia 13 tahun yang cuba curi wang miliknya, di sini, kelmarin.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 1.50 tengah hari, guru terbabit dikatakan sedang menunaikan solat Zohor di salah sebuah surau sekolah rendah di daerah ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata suspek berjaya ditahan oleh beberapa guru dan pengawal keselamatan yang menyedari akan kejadian tersebut selepas terdengar jeritan daripada mangsa.

“Ketika tahiyat akhir, suspek menghentak kepala mangsa dengan batu kemungkinan bimbang cubaannya untuk mencuri disedari guru terbabit.

“Terkejut dengan kejadian itu, mangsa menjerit sebelum pengawal keselamatan dan guru lain menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis,” katanya dipetik BH Online.

Jelas Ramli lagi, siasatan polis mendapati pelajar tersebut ponteng sekolah pada hari berkenaan dan datang ke lokasi kejadian semata-mata untuk mencuri.

Suspek kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 393 kerana cubaan rompak dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

CC/AmyMaizura

 

 

 



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "Tak Nak Salam Beckham, Gadis Bertudung Ini Dipuji Netizen"

Post a Comment