(Video) 6 Posisi Bermadu Kasih Terbaik Untuk Suami Dengan “Ehem” Saiz Biasa

Pssttt…. Sorok-sorok kongsi artikel ini pada suami untuk malam nanti, ya! 😉

Nikmat bermadu kasih dengan pasangan dalam posisi seks yang terbaik
Soal nikmat “bermadu kasih” atau bersenggama dengan pasangan bukan bergantung pada ukuran semata-mata.

Sebab itu, ukuran “ehem” (baca sebagai zakar) yang besar bukan segala-galanya. Kalau suami ada kemaluan yang besar pun, tapi tak pandai bermadu asmara, malah tak mencintai pasangan, tak guna juga.

Betul tak?

Jadi, suami yang memiliki kemaluan yang berukuran “biasa” saja tak perlu bimbang atau susah hati.

Yang paling penting untuk membahagiakan isteri di ranjang adalah posisi bermadu kasih yang tepat.
posisi seks terbaik

Kredit: Berita Hati

Sebab itu kami di theAsianparent Malaysia berniat untuk berkongsi ilmu dengan anda bagi mempelajari 6 posisi hebat ini agar suami malah isteri boleh mencapai kepuasan hubungan intim yang seenaknya!

Jom pelajari apakah 6 posisi bermadu kasih yang patut semua suami cuba seperti di bawah:
1. Posisi bermadu kasih seperti rama-rama
Posisi bermadu kasih ini paling sesuai dilakukan di atas katil atau di atas meja(atau juga di kaunter dapur, hehehe!)

posisi seks terbaik

Isteri harus selesa berbaring sambil mengangkat dan membuka kakinya. Kemudian, suami boleh datang menghampiri dan memulakan aksi dayungan sambil memegang betis si isteri.

Untuk lebih kepuasan, isteri boleh mengangkat punggung sedikit.
2. Posisi dengan kaki silang X
Hampir sama dengan posisi bermadu kasih yang pertama, cuma kali ini posisi silang kaki X menjanjikan kepuasan yang berlebihan!

Isteri harus mengangkat kaki seperti biasa, dan suami boleh memulakan dayungan. Namun, di tengah-tengah “aksi”, isteri sila silang kaki anda seperti di bawah:

posisi seks terbaik

Ia akan buat zakar suami masuk lebih dalam dan lebih rapat daripada sebelumnya.
3. Doggy style tapi lebih rapat
Doggy style antara posisi bermadu kasih yang confirm menjanjikan kepuasan. Tapi ada trik khusus untuk suami dengan “ehem” biasa untuk score dalam posisi ini, tau!

Caranya: Suami perlu merapatkan kakinya ke bawah pinggul isteri. Cubalah!

posisi seks terbaik

 
4. Posisi bermadu kasih dengan satu kaki diangkat
Ketika berbaring di ranjang, anda dan pasangan boleh memulakan aksi missionaryseperti biasa sambil mengangkat kaki.

Namun, cuba tip yang berbeza ini: angkat kaki kiri dan turunkan kaki kanan.

posisi seks terbaik

Minta suami pegang paha anda sambil mendayung dengan lebih rapat. Anda boleh menukar angkat kaki juga.
5. Posisi angkat kaki terus!
Jangan salah faham. Posisi ini jauh berbeza dengan posisi sebelum ini.

Dalam posisi angkat kaki terus, punggung anda harus berada di atas paha suami. Kemudian, kaki anda akan mendatar seperti ini:

posisi seks terbaik

Selepas itu, perlahan-lahan angkat kaki anda (punggung jangan jatuh dari paha suami!) dan biarkan tusukan masuk lebih dalam.

Suami boleh letak tangan di pinggang isteri untuk lebih mudah beraksi.

posisi seks terbaik

Uniknya tentang posisi ini, anda boleh saja melepaskan kaki anda seolah-olah “melayang” sambil suami bertugas. Ia boleh beri lebih orgasm dan dapat buat anda lebih puas.
6. Posisi seks di atas sofa
Janganlah asyik melakukan hubungan intim dalam bilik saja. Bosan! Sekali-sekala kalau tak ada halangan, anda boleh juga cuba bermadu kasih di tempat lain untuk tambah variasi.

Antara tempat yang paling mudah adalah sofa di ruang tamu!

posisi seks terbaik

Posisi ini memudahkan suami untuk menjalankan tugasnya. Ia juga senang untuk isteri sebab isteri boleh bersandar di sofa dalam gaya doggy.

Jangan lupa tugas tangan untuk mengekplorasi bahagian tubuh lain juga, ya!

Untuk lebih jelas bagaimana nak buat posisi-posisi di atas, anda boleh melihat video tutorial yang telah kami sediakan di bawah:

Apa yang penting, isteri kena bijak membina komunikasi dengan suami soal aksi di ranjang. Tapi, janganlah sampai suami tersinggung.

Katakan pada suami betapa anda mencintainya dengan sepenuh hati – dari kepala hingga kaki! Saiz “ehem” bukanlah ukuran untuk bahagia. Yang penting posisi dan aksi ketika bersama.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda dan pasangan.

Jom semarakkan lagi rasa cinta anda dan pasangan!

 

SUMBER  theAsianparent Indonesia

 

Kredit gambar: FamilyShare



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "(Video) 6 Posisi Bermadu Kasih Terbaik Untuk Suami Dengan “Ehem” Saiz Biasa"

Post a Comment