(Video & Gambar) Buaya Timbul Dalam Sungai, Tapi Kenapa Jalan Raya Pula Yang Sesak Teruk

Pagi tadi pengguna jalan raya Lebuhraya Damansara-Puchong(LDP) berhampiran Kampung Tengah Batu 13, Puchong dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya yang timbul di atas beting tanah ditengah-tengah Sungai Klang.

Kehadiran reptilia ini membuatkan orang ramai datang berpusu-pusu untuk melihatnya lebih dekat selepas mendapat berita tentangnya yang tular di laman Facebook.

 

 

 

 

Dilihat ramai penunggang motosikal dan pemandu kereta yang melalui jambatan di atas LDP berhenti di tepi jalan untuk tidak melepaskan peluang melihat buaya berkenaan.

Kerana jumlah kenderaan yang berhenti semakin meningkat dan parkir di tepi jalan menyebabkan lebuhraya berkenaan telah mengalami kesesakan yang agak teruk.

 

 

 

 

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Zalina Rahman, kerana kehadiran buaya itu, dia yang dalam perjalanan ke Teluk Panglima Garang kini tersangkut di dalam kesesakan kerana ramai ingin melihat buaya itu berhenti menyebabkan jalan sesak.

Menurut Noor Ziana pula, pada mulanya dia menyangka berlaku kemalangan jalan raya punca jalan sesak teruk, rupanya ramai berhenti di tepi jalan semata-mata untuk lihat buaya.

Untuk rekod, buaya muncul di dalam sungai ini bukanlah kali pertama, di mana pernah dilaporkan kehadiran reptilia ganas ini pada April lalu dan Disember 2015.

sumber siakapkeli

 

_______________________________

[Artikel KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

 
Abang JPJ Bantu Iringi Kanak-Kanak Kena Sawan Ke Hospital Dan Akak JPJ Fasih Berbahasa Mandarin Dapat Penghargaan

Pasti ramai masih ingat akan kisah sepasang suami isteri menghadapi detik cemas anak mereka diserang sawan, perjalanan mereka ke hospital tersangkut di dalam jem, mujur ada sebuah kereta peronda Jabatan pengankutan jalan(JPJ) yang mengetahui keadaan mereka ini bertindak mengiringi kereta mereka ke hospital.

Pembantu Penguatkuasa JPJ berkenaan, En. Mohd Azizul bin Mohd Anuar dan En Mohd Taufik bin Ramli dari dari JPJ Selangor hari ini telah menerima Anugerah Penghargaan Perkhidmatan dari Ketua Pengarah JPJ, Datuk Shaharuddin Khalid pagi ini.

Anugerah berkenaan diberikan kepada mereka bagi menghargai jasa mereka kepada masyarakat kerana tindakan yang terpuji dilakukan mengiringi kereta dipandu oleh En.Saiful di mana anaknya diserang demam dan sawan ke hospital.

Video yang dirakam oleh pihak keluarga itu sendiri telah dimuatnaik dan menjadi tular di laman sosial dimana tindakan terpuji mereka ini mendapat pujian netizen.

Selain mereka berdua, akak JPJ kita yang fasih berbahasa Mandarin yang menjadi tular baru-baru ini juga mendapat Anugerah Penghargaan Perkhidmatan pagi tadi dari Ketua Pengarah JPJ.

Video Nur Syafiqah binti Azaman, Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 dari JPJ Negeri Perlis yang membantu pelajar asing dari China yang tidak faham langsung Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia telah tular di laman Facebook.

Di dalam video itu memaparkan tindakan Nur Syafiqah telah memudahkan urusan pelajar berkenaan, kerana kepetahannya berbahasa Mandarin telah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon mereka.

Video yang dimutnaik oleh seorang pegawai dan kemudian dimuatnaik oleh pihak kami itu telah menerima tontonan sebanyak 4.2 juta kali, disukai 114 ribu orang dan dikongsi 47 ribu kali oleh netizen.

Kerana kelebihan beliau itu berkhidmat untuk pelanggan, dia turut menerima pujian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketiga-tiga mereka menerima penghargaan tersebut hari ini ketika Majlis Perhimpunan Setia Bulan September Bahagian Kewangan di Ibu Pejabat JPJ Putrajaya. 

sumber siakapkeli

 

_______________________________

[Artikel KECOHSANGAT Lagi DiBawah]

 
Pegawai JPJ ‘Pandai Cakap Mandarin’ Dipanggil Jumpa Ketua Pengarah di Putrajaya Selepas Video Viral

SHAH ALAM –  Pembantu Penguatkuasa Jabatan Pegangkutan Jalan (JPJ), Nur Syafiqah Azaman dipanggil untuk bertemu Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Nadzri Siron di Putrajaya selepas videonya tular di media sosial sejak beberapa hari lalu,

Pegawai Perhubungan Awam JPJ Perlis, Mohd Tarmizi Ghazali yang berkata, undangan itu merupakan satu penghormatan khususnya buat JPJ Perlis.

Terdahulu, Nur Syafiqah, 23, menjadi sebutan apabila video yang dirakam salah seorang pegawai JPJ tular di media sosial.

Apabila dapat menyelesaikan tugas dan membantu pelanggan, ia adalah kejayaan buat kami. Selepas video itu tular, ia secara tidak langsung memberikan imej yang lebih baik buat JPJ,” katanya kepada Sinar Harian Online.


Nur Syafiqah membantu dua pelajar warga China dalam urusan pertukaran hak milik kenderaan yang dipohon pelajar berkenaan.

Video berdurasi satu minit 38 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata berbangga dengan apabila Nur Syafiqah fasih bercakap Mandarin dan dijangka beliau akan bertemu Nadzri pada hari esok.

Sumber: Sinar Harian



Sumber Nukilan Cerita Kita

0 Response to "(Video & Gambar) Buaya Timbul Dalam Sungai, Tapi Kenapa Jalan Raya Pula Yang Sesak Teruk"

Post a Comment