[VIDEO] Samada Ludah atau Tiup? Peniaga Durian Taman Seri Gombak Dipanggil Polis Untuk Beri Keterangan


Berikutan tersebarnya satu video yang merakamkan tingkahlaku seorang individu yang didakwa meludah pek buah durian yang sedang dibungkus dengan plastik, pihak polis akan memangil peniaga durian itu untuk memberi keterangan.




Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi oleh 
Harian Metroberkata pihak polis akan mengambil tindakan jika ada kesalahan yang dilakukannya.

"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," 

Sama ada video tersebut sebenarnya salah faham perakam video tersebut yang mendakwa peniaga itu meludah atau sebenarnya peniaga itu cuma meniup debu pada pek durian tersebut akan terjawab nanti.

Terdapat juga video yang menunjukkan orang ramai menyerang secara terus ke kedai itu, sehingga peniaga tersebut tidak kelihatan lagi berniaga di situ.







Gerai tersebut dikatakan telah beroperasi lebih 10 dari tahun di situ

"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.

Turut berada di tempat kejadian adalah, pegawai Penguatkuasa KPDNKK cawangan Gombak.

1/Post a Comment/Comments

  1. videonya asyik tuh,mampir ke rumah kesehatan yah http://technic-akupuntur.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted