Kerana Tak dimaklumkan Kepada Ketua Kampung, Pengantin Terpaksa Buat Majlis Akad Nikah Di Surau Kampung Lain

Di Halau Ketua Kampung,Pasangan Pengantin Langkau 2 Surau Jalani Majlis Akad Nikah

Surau Kmpg Air Puteri

Jam 10 pagi semalam..seperti biasa saya akan keluar rumah menjengah bunga-bunga kembang pagi diluar halaman rumah,ketika itulah saya lihat banyak kereta yang parking dalam area surau taman perumahan saya dan salah satunya berpletkan dari negara jiran Singapura.

Memang sedikit pelik sebab biasanya dalam waktu begitu tiada orang  yang akan jadi tetamu di surau melainkan jika ada apa-apa majlis oleh penduduk Taman Pantai sendiri.

Kebetulan pula ramai jiran-jiran yang keluar dan tertanya-tanya apa yang sebenarnya berlaku ketika itu.

Sehinggalah tengah malam tadi terjawab semua persoalan bila salah seorang warga Mersing sendiri yang mengupdated kisah tersebut melalui FB nya ...Saudara Nadi yang mnerupakan seorang DJ majlis kahwin yang juga merangkap bapa kepada salah seorang peserta AF..Muna AF

untuk pengetahuan selepas surau Air Puteri,ada sebuah surau lagi iaitu Surau Teluk Kang sebelum sampai ke Surau Taman Pantai

Supaya lebih jelas lagi kita Ikuti apa yang sebenarnya telah berlaku..


Ketika semua dh berada di pekarangan surau utk Majlis yg sgt di galak kan dalam agama. Nikah kahwin. Di.SURAU KAMPUNG AIR PUTERI.Tetapi ketua kampung tak membenarkan dgn alasan tak memaklumkan terlebih dahulu. nasib2..tok kadi (Ustaz zakaria ) yg cuba berbincang namun tetap tak di benarkan. terus mncari surau lain.. alhamdulillah kebaikan hati pnduduk tmn. Pantai membenarkan surau tmn. Pantai di gunakan..

Lagi cerita dari Nadi:

Nadi JM 

"Mempelai perempuan adalah penduduk kg. Air puteri yg tgl tak jauh dr surau tsbt. Hanya rumahnya trlalu menjunam. Jd mereka berpakat untuk melangsungkan pernikahan di surau berhampiran. Tp malangnya mereka ( pihak pengantin pmpuan tdk memaklumkan trlebih dahul utk mnggunakan surau bg mjlis trsebut sehingga ketua kmpung tdk membenarkan utk mnggunakan surau tsbt bg tujuan majlis pernikahan yg di hadiri seramai lbh jrg 20 org. Dtg la ketua kmpung ke surau tsbt . Walupun ustaz zakaria pun minta kebenaran tp ketua kmpung tetap tdk membenarkan. Saya bersama mereka sbgai saksi majlis tsbt."

 





suasana dalam surau Taman Pantai setelah pengantin selamat dinikahkan

Untuk makluman Ustaz Zakaria adalah jiran sebelah rumah saya,dan beliau jugalah yang telah menikahkan anak perempuan saya bau-baru ini.Diharapkan apa yang telah berlaku dapat dijadikan iktibar supaya kita semua akan menjadi insan yang lebih baik
Dapatkan cerita terbaru terus ke facebook anda dengan like page kami....terimakasih

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted