Imej berpakaian sebegini telah dipelopori oleh Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (8 April 1932 - 22 Januari 2010) yang dapat dilihat ketika baginda berangkat menunaikan Solat Hari raya Aidlifitri ketika menjadi Yang Dipertuan Agong.
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamed menyambut ketibaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong |
Gambar keluarga di atas yang diambil semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun lalu adalah merupakan kenangan buat kali terakhir baginda sekeluarga beraya dengan Almarhum Tunku Abdul Jalil yang telah mangkat akibat kanser.
Pada tahun ini sebagai tanda hormat di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, baginda memutuskan untuk tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri kerana tarikh 5 Julai, iaitu hari terakhir Ramadan tahun ini, merupakan hari keputeraan Almarhum Tunku Jalil.
Selepas selesai solat sunat Aidilfitri, keluarga baginda akan menziarah pusara almarhum untuk bacaan Yassin dan mengadakan jamuan keluarga secara peribadi.
Post a Comment