Muntah lebih daripada 20 keli sejak seminggu lalu, penyanyi Ezad Lazim terpaksa dibawa pulang ke kampungnya di Alor Setar, Kedah. Sebelum ini Ezad di bawa ke Hospital Ampang bagaimana pun, dia dirawat sebagai pesakit biasa dan tak dapat dipastikan punca sakitnya.
"Doktor pun tiada jawapan mengapa Ezad muntah dengan begitu kerap. Sampaikan kami dicadangkan untuk membuat rawatan secara tradisional pula.
"Saya sedih melihatnya. Setiap hari, lebih 20 kali dia muntah. Nak makan pun susah, malah walaupun diberi sebiji kurma, dia tetap akan muntah semula.
"Sekarang Ezad berada di kampung. Sekurang-kurangnya, dia bersama keluarga untuk mendapatkan semula semangat bagi kembali sihat," katanya kepada BH Online.
Menurut isterinya, Nor Azeana, Ezad juga dibawa berjumpa dengan seorang ustaz, namun jawapan yang diberikan amat mengejutkan. Mereka dimaklumkan, orang yang dikenali cuba menggunakan ilmu hitam terhadap penyanyi berkenaan.
Namun mereka berdua tak mahu terlalu percaya perkara tersebut.
"Ustaz itu kata, ia bermula dengan saya. Saya sakit kanser sebelum ini kerana buatan orang. Kemudian orang yang sama pula cuba mengganggu Ezad.
"Tetapi kami tidak mahu cepat melatah, dan mungkin ustaz itu silap. Entah, saya pun tak tahu hendak cakap apa, dan tidak pasti sama ada mahu mempercayainya atau tidak. Bagaimanapun saya dan Ezad ambil perkara ini secara positif," tuturnya.
Disebabkan terlalu kerap muntah, Ezad sampai menangis menahan sakit dadanya.
Ezad bersama Kumpulan Exists |
"Dia bagaimanapun begitu positif dan kuat semangat selain bersungguh-sungguh mahu sihat. Sejak single baharunya, Demi Cinta, diputarkan di radio, ramai yang menawarkannya untuk menjayakan persembahan.
"Malah, kalau hendak diikutkan sepanjang minggu ini sehinggalah pada Hari Raya pertama, jadualnya padat. Diharap dia sihat seperti sedia kala," tuturnya.
Sumber: Bharian Oleh: Aimi Nordin
Post a Comment