Adam Levine dedahkan dirinya seorang penghidap ADHD


Adam Levine
■ Adam Levine
 Penyanyi, Adam Levine, mendedahkan rahsia besar yang selama ini hanya diketahui keluarga terdekat iaitu dirinya penghidap ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Anggota Maroon 5 itu memaklumkan, beliau masih berusaha mengatasi permasalahan dialaminya terutama berkaitan kecelaruan fokus, namun pada masa sama mahu membantu golongan senasib.

“Saya selalu mengingatkan diri supaya membantu mereka yang memerlukan, terutama penghidap ADHD. Walaupun tidak terkejut apabila disahkan menghidap penyakit ini, kerana sejak kecil selalu sukar mahu fokus, saya masih cuba mengatasinya. Segera jumpa pakar “Jadi, kalau boleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang mempunyai ciri kurang tumpuan, segera bertemu pakar.


Kadangkala orang tersilap anggap dengan mengatakan kanak-kanak ini sukar dikawal sedangkan hakikatnya ia berkaitan gejala ADHD,” katanya. Katanya, adalah lebih wajar jika sebarang kesulitan dapat dikesan sejak peringkat awal supaya bantuan selanjutnya dapat dihulurkan.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted