KESIAN CIKGU.!! Anak Murid Rakam dan Sebar Video Kain Dalamnya Ketika Sibuk Balut Meja Kelas.. Dua Murid Tingkatan tiga disiasat Polis.


Gambar Hiasan

KESIAN CIKGU.!! Anak Murid Rakam dan Sebar Video Kain Dalamnya Ketika Sibuk Balut Meja Kelas.. Dua Murid Tingkatan tiga disiasat Polis. |  Polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah di ibu negara yang bertindak merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita, Isnin lepas. 



 Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Mohd Sukri Kaman berkata, video itu dirakam menggunakan telefon bimbit pada 8.30 pagi ketika guru bahasa Inggeris berkenaan sedang membalut meja pelajar di dalam kelas. 

 "Rakaman video berdurasi tujuh saat itu tular dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di sekolah tersebut dan guru itu hanya mengetahui perkara tersebut setelah dimaklumkan oleh guru displin yang membuat pemeriksaan Rabu lepas," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

 Susulan itu, Mohd Sukri berkata guru berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.
Beliau berkata setakat ini, polis telah merakam percakapan dua pelajar tingkatan tiga sekolah itu yang dipercayai menyaksikan kejadian bagi membantu siasatan. 

 Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan berkelakuan tidak senonoh. - Bernama

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted