BIAR AKU JADI PENUNGGU ... Akhirnya Malam ini Malam Jumaat Yang Paling Indah Buat Iffat dan Afeef
Geram betul tengok drama Biar Aku Jadi Penunggu sampai sanggup Google cari macam mana ending ceritanya.Bengong punya heroin, bangang punya hero!!
Episod hari ini Damia berusaha untuk meraih cinta Afeef. Tetapi dihalang oleh Atikah yang dua kali lima perangai tak semenggah kaki clubbing seperti Damia.
Damia datang bertemu Iffat untuk mengenali anak yang pernah dikandung dan diabaikan olehnya dulu.
Pada episod hari ini juga penonton dapat menyaksikan bagaimana akhirnya Iffat membenarkan Afeef untuk bersamanya kerana teringatkan kata-kata ayahnya bahawa Iffat perlu melahirkan anak kandungnya sendiri sebagai pengikat kasih sayang antara dia dan Afeef.
Iffat bagi green light kepada Afeef malam ni... |
Afeef dengan cool membuka cermin mata yang dipakainya |
Masing-masing tak sabar tetapi masih coolSaksikan Sedutan Babak Malam Jumaat Biar Aku Jadi Penunggu di bawah |
Penonton yang dewasa tentu faham maksud ketika babak Afeef membuka cermin matanya apakah yang berlaku seterusnya.
Apa yang menariknya dalam Drama Biar Aku Jadi Penunggu ini, Asraf Muslim langsung tidak menyentuh Janna Nick kerana menjaga batas-batas muhrim antara mereka.
Episod akan datang Biar Ku Menjadi Penunggu
Episod akan datang pula, Afeef mengesyaki Iffat punya hubungan kasih dengan orang lain kerana cemburu membuatkan Iffat sering sedih.Sekali lagi Iffat terpaksa menanggung rasa sedih kerana dituduh tanpa usul periksa oleh Afeef sehingga membuatkan hatinya kembali terluka.
Iffat pula mendapat surat tawaran berkerja di Terengganu yang sekurang-kurangnya dapat merawat hatinya. Kerana tekanan yang dihadapi Iffat hampir kehilangan anak yang dikandungnya.
Dengan itu Iffat mengambil keputusan untuk merahsiakan kandungan dari suaminya. Walaupun di tegur oleh keluarganya tetapi Iffat tetap berdegil.
Akhirnya Afeef tahu juga yang Iffat mengandung. Pada usia kandungan 7 bulan Iffat terpaksa melahirkan bayi perempuan.
Afeef mengambil keputusan agar Iffat tidak berkerja dan Afeef mahu menjaga Iffat sepenuhnya. Afeef tidak mahu berjauhan dengan Iffat.
Pada Afeef , Iffat orang yang paling bertuah sebab dapat berkahwin dengan orang pertama yang bertakhta dalam hatinya.
Post a Comment