JAIPP tuntut mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam.


Setelah negara digemparkan dengan satu kejadian majlis perkahwinan yang dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu telah tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa membabitkan seorang pengantin wanita yang beragama Islam, di sini, baru-baru ini, beberapa orang pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) telah ke majlis pengebumian Cina di Jalan Macallum bagi "menuntut" mayat si mati yang didakwa telah memeluk Islam.

Mayat berkenaan dikenal pasti sebagai Teoh Cheng Cheng, 38, didakwa telah memeluk agama Islam 17 tahun lalu. Nama Islamnya adalah Nora Teoh Abdullah.

Ahli keluarga dan saudara-mara si mati terkejut dengan kehadiran pegawai Jaipp ketika upacara pengebumian sedang dijalankan pada tengah hari.

Upacara perarakan penguburan dijadualkan akan dilakukan selepas itu.

Selepas rundingan dilakukan selama beberapa jam, keluarga Teoh membenarkan para pegawai untuk menuntut jenazah tersebut. 

Jenayah dibawa ke dalam sebuah van kepunyaan Jaipp pada kira-kira pukul 3.50 petang.

Difahamkan jenazah itu dibawa ke rumah mayat sementara menunggu perkembangan selanjutnya.

Ahli keluarga si mati berkata, mereka akan membawa perkara itu ke mahkamah.

Dilaporkan bahawa kematian Teoh disebabkan dia terjatuh dari blok apartmentnya pada Sabtu lalu.

Wanita itu yang bekerja sebagai pelayan mempunyai teman lelaki beragama Islam.

Sumber: mStar

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted