CIKGU TANPA GAJI

Kebiasaannya berdengkur acap kali dikaitkan dengan individu yang terlalu penat atau pun berbadan besar. Kononnya tak cukup rehat atau baru lepas melakukan aktiviti lasak. Bagaimanapun MURSHID EUNOS pernah mempunyai seorang kawan gadis bertubuh kecil dan tak aktif langsung bersukan, tapi tidurnya tak pernah senyap. Kenapa?
Pasti tidak ramai yang terbuka hati untuk menjadi guru tambahan tanpa diberi sebarang bayaran, apatah lagi lambakan tugasan kuliah makin banyak setiap hari. Bagi kebanyakan pelajar, fokus utama pengajian di universiti tidak perlu dibahagikan dengan aktiviti lain, namun berbeza bagi dua anak muda ini. 
Berkongsi ilmu dengan golongan kurang bernasib baik sedikit sebanyak mengajar mereka untuk lebih belajar fokus dalam pengajian. Bagi mereka, pengetahuan yang ada sekarang perlu tingkatkan untuk membentuk generasi lebih berilmu tanpa mengira nasib mahupun sejarah latar belakang. Kedua-dua cikgu muda ini masih bergelar pelajar institut pengajian tinggi, tetapi kesungguhan mereka membantu penghuni rumah kebajikan perlu dijadikan rujukan untuk kita hulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

Foto
Bantu mantapkan subjek utama
Usamah Abd Muein, 21, pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) jurusan seni bina mula membahagikan masanya sebagai pelajar dan guru tuisyen sejak 10 bulan lalu. Peranannya sebagai cikgu kepada penghuni Rumah Kasih Harmoni, Cheras memberi impak besar kepada dirinya sendiri dan juga penghuni rumah itu.

Dia dan beberapa individu lain yang turut menjadi tenaga pengajar di situ adalah sukarelawan daripada program Teach For The Needs (TFTN) yang sudah beberapa tahun ditubuhkan. Subjek teras seperti bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, Sains dan Matematik adalah fokus utama mereka untuk membantu penghuni rumah kebajikan itu.

“Ada di antara mereka (penghuni) masih bersekolah rendah dan ada juga yang sudah masuk sekolah menengah. Kita bahagikan subjek ikut silibus ditetapkan dan garis panduan ini dibantu pakar kerana ada di kalangan sukarelawan terdiri daripada guru sekolah. Sebelum mulakan kelas, kami periksa dulu kerja sekolah mereka dan dari situ dapat tahu kelemahan masing-masing. Melalui sesi mengajar dan ulang kaji, kami akan fokus dengan kelemahan setiap seorang.

“Selalunya kelas diadakan tiga kali dalam seminggu dan Rabu kami tetapkan hari mengaji. Untuk kelas mengaji akan ada kumpulan pengajarnya tersendiri yang lebih pakar. Kami tak dibayar apa-apa, tapi apabila dapat tengok perkembangan mereka makin baik, rasa berbaloi dengan usaha ini. Keseluruhan sukarelawan yang turut serta dalam program ini dianggarkan lebih 20 orang dan ada antaranya yang sudah bekerja,” katanya.

Menurut Usamah, jika dia mempunyai kuliah pada hari mengajar, sukarelawan lain akan datang dan giliran ini akan silih berganti secara berjadual.


Kisah tiga beradik

Usamah yang mengetahui kewujudan TFTN melalui laman sosial Facebook berkata, selain mengajar subjek teras, dia turut mengadakan kelas intensif untuk tiga beradik yang turut menghuni di situ.

“Memang menyedihkan apabila dapat tahu ketiga-tiga mereka tidak pernah ke sekolah walaupun sepatutnya masing-masing sepatutnya berada di tahun satu, tiga dan empat. Lebih membimbangkan ketiga-tiga beradik ini langsung tak tahu huruf asas apatah lagi mengeja atau membaca.

“Apabila ada kes seperti ini buatkan saya sedar, saya patut bantu mereka setakat termampu, tapi pasti ada cabarannya. Walau apa pun, saya akan cuba lakukan dengan sepenuh hati. Berada di keliling anak ini membuatkan saya sedar, ilmu yang saya belajar di universiti sekarang bukanlah untuk diri sendiri, tetapi mesti dikongsi dengan orang lain. Saya ibaratkan diri saya sebagai ahli masyarakat, jika mereka ada masalah, saya perlu bantu kerana memang ada di antara masyarakat memerlukan pertolongan kita.

“Ada rakan berpendapat, kalau nak lakukan kerja amal seperti mengajar anak yatim dan orang kurang berkemampuan ini, perlu tanamkan dalam hati, ia tanggungjawab bukan kerja amal. Saya pegang kata-kata itu dan prinsip ini saya pegang sampai kini,” katanya.


Dah kurang minat melepak

Berkongsi kisah sama, rakannya, Nur Amalina Mohd Fadzil, 22, yang juga penuntut UIA jurusan undang-undang berkata, tanggungjawabnya di Rumah Kasih Harmoni sama seperti Usamah. Tetapi berbanding Usamah, Amalina diberi pengkhususan untuk mengajar subjek bahasa Inggeris dan Matematik, tetapi kadang kala ada juga mengajar subjek lain.

“Saya mula turut serta dalam program ini lepas dapat tahu daripada rakan sebilik. Awalnya, rasa pelik juga sebab hampir setiap malam dia keluar rumah, tapi tak pernah tanya di ke mana. Sampailah satu hari saya ringan mulut untuk tanya sebab nak tahu. Akhirnya dia beritahu dia jadi sukarelawan mengajar kanak-kanak di rumah kebajikan.

“Dia ajak untuk turut serta dan lepas beberapa sesi rasa seronok dapat buat sesuatu untuk menggembirakan mereka. Sejak itu saya terus komited sampai ke hari ini.

“Rutin harian memang berubah kerana dulu, saya pun macam remaja lain, suka keluar melepak dengan kawan di pusat membeli-belah kalau tiada kelas. Tapi sejak terbabit dengan tuisyen ini, rutin saya dah berubah. Peliknya sekarang, saya lebih suka habiskan masa dengan pelajar saya kalau ada masa terluang berbanding keluar macam dulu,” katanya.


Bahagi duit sewa kereta

Menurut Amalina, mana-mana pelajar pasti mempunyai dilema dan masalahnya tersendiri. Selain tugasan dan jadual kelas yang padat, ada aktiviti yang perlu mereka sertai seperti kokurikulum ataupun program fakulti.

“Itu pengorbanan waktu, tetapi tak mengapa kerana waktu boleh dibahagikan. Cabaran terbesar bagi kami pelajar pastinya hal duit. Tak ada kereta sendiri memang menyukarkan kami untuk pergi mengajar, tapi atas dasar tanggungjawab, kami usahakan. Ada kalanya, kami kongsi duit untuk sewa kereta. Bila melihat perkembangan anak rumah kebajikan makin bagus dalam subjek yang kami ajar, perasaan bangga dan syukur datang ­vseiring. Perasaan itu juga buatkan kami lebih berusaha keras untuk terus berbakti kepada mereka.

“Saya tahu usaha kami ini kecil berbanding ada kumpulan sukarelawan lain yang membantu tahap lebih hebat. Tapi bagi saya, selagi ada niat membantu, kita kena usahakan. Tak perlu jadikan kami panduan sebab usaha ini tak seberapa, tapi apa kata sesekali ubah rutin anda dengan membantu golongan memerlukan. Tak kisahlah bagaimana caranya, namun percayalah akan terdetik satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata,” jelasnya. - myMetro

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted