Hujan lebat yang turun mencurah-curah di sekitar bandaraya Johor Bahru petang ini telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di Jalan Tebrau iaitu berhadapan Wisma Daiman dan Maybank Tebrau.
Kepada para pengguna jalanraya yang menggunakan jalan tersebut, diminta untuk menggunakan jalan alternatif yang lain untuk ke Pusat Bandar atau menghala ke Kota Tinggi.
Hujan lebat dan kilat juga menyebabkan perlawanan Piala AFF Suzuki 2014 antara yang sepatutnya bermula 5.00 petang ditunda ke jam 7.00 malam (bergantung kepada keadaan cuaca).
Berikut antara gambar kejadian banjir kilat di Jalan Tebrau JB petang ini
KREDIT FOTO : FANS EZZATI JABBAR
Post a Comment