SHAH ALAM: Ibu kepada Ketua Peramugari yang telibat dengan nahas MH17, Habibah Ismail, 65, sebak dan menitiskan air mata selepas mewakili anaknya menerima ijazah di Majlis Konvokesyen UiTM ke-81.
Beliau yang berasal dari Alor Setar telah datang ke sini bagi mewakili arwahyarhamah Azrina Yaakob untuk menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) yang disampaikan oleh Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad.
Beliau menyatakan yang beliau tidak dapat menahan sebak dan sedih apabila nama anaknya disebut untuk menaiki pentas menerima ijazah anaknya itu.
“Ketika di atas pentas tadi, Mak Cik bertambah sebak terutama ketika pengacara majlis menceritakan mengenai tragedi MH 17 sebelum meminta semua yang berada dalam dewan menghadiahkan al-Fatihah buat mangsa tragedi itu,” ujarnya.
Azrina Yaakob, 41, ketua peramugari pesawat malang itu telah mengikuti program pengajian jarak jauh (PJJ) di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam dan telah berjaya menamatkan pengajian tersebut sebelum tekorban dalam kejadian nahas MH17 yang telah mengejutakan satu dunia.- Siakapkeli.com.my
Post a Comment