Syarikat China LandWind Tiru dan Jual Kereta Sebijik Seperti Kereta Land Rover Evoque

SYARIKAT pengeluar kereta Land Rover dikatakan mahu mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat pengeluar kereta di China, LandWind kerana meniru rekaan kereta mereka, Range Rover Evoque.
Selain meniru bulat-bulat rekaan kereta itu, LandWind turut menjual seunit kereta mewah itu dengan harga £14,000 (RM73,596), jauh lebih murah daripada Range Rover Evoque yang dijual £40,000 (RM210,248) di pasaran negara itu.
range rover
Range Rover Evoque 
Pasaran kereta itu yang semakin laku di China mula mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Land Rover, Dr Ralf Speth yang risau dengan perkembangan itu yang sekali gus memberi kesan kepada jualan kereta Range Rover Evoque disebabkan saingan daripada LandWind.
“Soal siasat mengenai perkara ini sedang dijalankan dan selepas ini kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan untuk melindungi hak intelek syarikat kami,” kata Ralf yang berasa sangat kecewa dengan fenomena peniruan yang sering kali berlaku di tanah besar China. – MYNEWSHUB.CC
range rover 1

Range Rover Ciplak Yang Ditiru Pengeluar Kereta China, LandWind

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted