Semalam, beberapa kumpulan rakan pemandu lori mula menghantar WhatsApp untuk mengesan seorang rakan mereka yang gagal dihubungi sejak dua hari lalu (dua hari bermula semalam) - gambar atas.
Sudah pasti sesiapa pun akan prihatin apabila rakan dalam kumpulan kerja yang sama tiba-tiba hilang secara misteri.
Pemandu lori itu dikatakan sedang menghala ke Shah Alam dan kali terakhir berjaya dihubungi ketika berada di Behrang.
Laporan polis apa semua telah dibuat ketika itu.
Selepas usaha bersungguh…kemudian…datanglah khabar yang meruntun hati semua.
Pemandu berkenaan dikhabarkan telah meninggal dunia dalam lorinya dipercayai di kawasan Kuala Kubu Bharu.
Banyak spekulasi yang tersebar termasuk yang mengatakan arwah telah dikelar tetapi ada pihak yang menjelaskan itu tidak benar.
Allahyarham dipercayai telah mengalami serangan sakit jantung.
Setakat ini, belum ada sebarang maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak.
Andai kejadian ini benar, maka marilah kita mendoakan yang terbaik dan sedekah Al-fatihah kepada Allahyarham. - mynewshub
Post a Comment