Punca Lelaki Pecahkan Cermin Hilux Jabatan Kesihatan Hulu Langat Tersebar


Seorang jurulatih kecergasan telah ditahan selepas berkelakuan samseng jalan raya dengan memecahkan cermin dan mengugut kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat di Lebuhraya SILK berhampiran Jalan Reko kelmarin...

Insiden berkenaan telah mendapat perhatian ramai serta pelbagai komen di laman sosial Facebook selepas tindakan lelaki berusia 26 tahun yang memandu kereta Perodua Myvi berwarna merah jambu, dirakam kakitangan pejabat kesihatan yang berada dalam kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dan tersebar sejak pagi semalam....

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar menyatakan lelaki yang memandu kereta milik tunangnya ditahan pada jam 5...

30 petang semalam selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi membantu siasatan lanjut.

“Menurut laporan diterima, lelaki terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pemanduan kakitangan pejabat kesihatan sebelum bertindak menghalang dan menahannya di tepi lebuhraya berkenaan....

“Dia kemudian keluar dari kereta dengan membawa pengunci stereng sebelum dilihat memarahi dan mengugut pemandu supaya keluar dari kereta kerajaan itu, namun sebaliknya pemandu dan penumpang mengunci pintu dan merakam tindakan lelaki berkenaan,” katanya....

SUMBER : katakcomel.com

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted