Walaupun Pengantin Perempuan Nama Panjang: Hanya Sekali akad Nikah


Masih ingatkah anda tentang satu artikel yang kami kongsikans sebelum ini yang menjadi viral di laman sosial tentang sekeping kad jemputan kahwin yang pengantin perempuannya yang mempunyai nama yang panjang?

Nama panjang buka penghalang sebenarnya bagi si suami apabila berjaya akad nikah hanya dengan sekali lafaz dan sudah sah bergelar suami isteri dengan pasangan tercinta.


Kamalrrudin Ahmad, 31, membuktikan dia 'tidak gentar'  untuk melafazkan nama isterinya Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, sebelum sah menjadi pasangan suami isteri.

Meskipun nama isterinya panjang dia tidak mengangap itu sebagai masalah dan beliau ternyata lancar menyebutnya.

"Ramai juga kenalan yang bertanya bagaimana saya akan menyebut nama isteri dengan sekali lafaz akad nikah.

"Bagi saya, itu semua tiada masalah kerana saya berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung," katanya.

Beliau menyatakan rasa bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam.-Siakapkeli.com.my

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted