PENJELASAN SYED AIMAN TENTANG LAFAZ CERAI YANG TIDAK DIUCAPKANNYA


GEMPAR minggu lalu apabila Linda Rafar mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah diceraikan suaminya yang juga pelakon Syed Aiman pada 8 September lalu. Walaupun kenyataan lebih banyak dikeluarkan oleh Linda, namun wanita itu yakin, akibat fitnah dia diceraikan.

Linda turut menjelaskan yang dia juga akan ke mahkamah pada hari berikutnya untuk mengesahkan lafaz cerai itu, namun pada hari berkenaan Linda dikatakan tiba-tiba demam teruk sehingga gagal menghadirkan diri.

Mencari ruang untuk membetulkan semula kenyataan oleh isterinya itu Syed Aiman baru-baru ini menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku. Tidak menyalahkan isterinya, namun Syed Aiman yakin apa yang berlaku ini akibat emosi isterinya yang ketika ini sedikit terganggu kerana mengandung anak ketiga mereka.

Benarkah kerana fitnah Linda diceraikan?
Tidak benar sama sekali. Saya tidak nafikan kami bergaduh, tetapi itu adalah normal dalam mana-mana hubungan suami isteri. Tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini adalah saya tidak pernah sesekali mengeluarkan kenyataan cerai itu.

Dalam kenyataan Linda, cukup jelas Syed Aiman melafazkan cerai ke atasnya dengan bersaksikan dua orang iaitu ibu dan anak sendiri.

Kenapa tidak dapatkan kenyataan ibunya juga, anak saya baru berumur tiga tahun. Bagaimana dia boleh dijadikan saksi? Saya cukup jelas dengan keadaan pagi itu. Kami hanya bergaduh dalam bilik dan mustahil ada orang lain boleh dengar.

Kalau boleh Syed Aiman terangkan punca pergaduhan pagi itu.
Maaf apa yang boleh saya katakan kami bergaduh, tidak perlu saya terangkan lebih lanjut. Saya fikir sebagai suami perlu ada batas dalam bercerita tentang hubungan rumah tangga kerana ini melibatkan aib kami suami isteri.

Linda juga mengatakan dia terlalu trauma dengan kejadian tersebut, kenapa?
Saya tidak tahu kenapa dia mengatakan sehingga trauma malah demam teruk. Kami hanya bergaduh, tetapi saya tidak pernah menggunakan kekerasan ke atas dia. Macam saya kata tadi mungkin kala ini perubahan hormon akibat mengandung sedikit mengganggu emosi dia.

Apa agaknya alasan Linda untuk bertindak sedemikian rupa, mungkin Syed Aiman selaku suami yang melihat perubahan isteri di hadapan mata boleh terangkan.

Hanya beberapa minggu lepas kami gembira dengan berita kehamilan ini, tiba-tiba muncul pula masalah ini. Kemungkinan besar dia terlalu beremosi dengan pergaduhan kami sehingga mencari perhatian melalui laman sosialnya. Tetapi saya tahu dia sedar akan kesilapan itu dengan memadamkan semula gambar yang dimuat naik. Cuma kenyataan yang diberikan dia kepada beberapa media sedikit mencalar hati saya, sebab dibuat tanpa rujukan yang betul.

Cerai bukan perkara yang boleh dibawa main, adakah Syed Aiman sendiri sedar akan keadaan ini.
Bukanlah mahu kata apa, saya mempunyai keluarga yang cukup mementingkan agama. Saya juga cukup jelas dengan keadaan ini. Sebab itu saya mahu tegaskan saya masih waras dan tidak akan sesekali membiarkan emosi mendahului perbuatan saya. Sebagai suami saya tahu hak saya. Jika benar, saya akan gunakan saluran yang betul. Sebab itu saya tidak mahu hadir ke mahkamah tempoh hari, sebab saya yakin memang saya tidak pernah melafazkannya pun.

Dari sini apa tindakan daripada Syed Aiman sendiri.
Saya tidak pernah ke mana-mana masih di rumah saya dan Linda. Pokok pangkalnya sekarang saya masih sayangkan dia dan keluarga ini. Jujurnya saya harap perkara ini cepat selesai dan Linda sendiri sedar apa yang sudah dia lakukan.

Apa yang memberi kekuatan buat Syed Aiman dalam perkara ini?
Kami bukan baru berkahwin, malah anak-anak juga sudah besar. Mereka sudah mulai faham apa yang berlaku. Kalau boleh saya mahu sangat perkara ini diselesaikan dengan segera, sebab saya masih sayangkan dia.

Mengapa Syed Aiman Tidak Ke Mahkamah?
Saya tidak akan ke mahkamah sebab saya tidak pernah lafazkan cerai. Apa juga tanggapan orang di luar sana, saya yakin saya masih waras.

Memang tidak dinafikan kami bergaduh, tetapi tidaklah sampai saya buat begitu. Saya rasa ini mungkin akibat pembawaan budak,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tidak menolak masih sayangkan rumah tangganya, kata Syed Aiman dia akan berusaha apa sahaja untuk memastikan keadaan pulih seperti sediakala.

Melihat apa kenyataan yang dikeluarkan Linda memang saya terkejut. Saya fikir dia memang tidak sedar apa yang dia lakukan sehingga menimbulkan kekecohan seperti ini.

“Jujurnya saya masih sayangkan dia dan keluarga kami. Tentunya saya harap perkara ini akan segera selesai,” katanya.

Terdahulu, Linda memuat naik gambar memaparkan pasangan berkahwin dengan coretan ‘Awalnya, semua begitu indah. Nyatanya, tak seindah di awal’ berserta logo bertulis ‘Akte Cerai’ di Instagram, dua hari lalu.

Namun, gambar itu telah dibuang dan digantikan dengan gambar gelap yang turut mengundang tanda tanya melibatkan peminat sama ada benar wanita itu sudah bercerai atau tidak.

Pasangan tersebut berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua orang anak, Syed Rezaqiib, 7, dan Syed Rezariiq, 4.

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted