Sistem sekolah satu aliran bukan polisi BN - Najib

KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan sekolah satu aliran bukan satu polisi yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN), kata Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau menegaskan, walaupun ada sesetengah pihak yang pernah mencadangkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dimansuhkan dalam usaha mewujudkan sekolah satu aliran, ia bukanlah hasrat BN untuk melaksanakannya.

"Sebab itu kita mesti kembali pada asas negara kita. Kita perlu mewujudkan kepercayaan dalam kepelbagaian komuniti di negara ini.  Ini bukan keputusan saya, tapi ini merupakan keputusan serta aspirasi nenek moyang kita.

"Sebab itu kalau ada pihak yang bersuara kita patut hapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, itu bukanlah Barisan Nasional," ujar Najib, sambil disambut tepukan gemuruh para perwakilan MCA ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62 di sini hari ini.

Najib berkata beliau terus yakin dengan komponen BN dan mahu parti itu terus mengorak langkah kehadapan, mengembalikan kepercayaan rakyat sekaligus terus meraih majoriti pada Piliharaya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sebelum ini, beberapa pemimpin politik menegaskan SJKC didakwa menjadi medan untuk pembangkang menanam sifat membenci kerajaan BN dalam kalangan murid, sekali gus membentuk murid yang tidak gemar bergaul dengan murid bangsa lain, terutama Melayu.

astroawani

0/Post a Comment/Comments

'; (function() { var dsq = document.createElement('script'); dsq.type = 'text/javascript'; dsq.async = true; dsq.src = '//' + disqus_shortname + '.disqus.com/embed.js'; (document.getElementsByTagName('head')[0] || document.getElementsByTagName('body')[0]).appendChild(dsq); })();

Stay Conneted